CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Saturday, June 26, 2010

duit mudah!!! Pokook atau TOKEK boleh di jumpai pada lubang kulit kayu..???

Sudah beberapa bulan berlalu semenjak cerita pokook atau tokek menjadi hangat dan kini masih lagi merupakan salah satu topik perbualan yang paling hangat dikalangan penduduk tempatan setanding dengan cerita bolasepak piala dunia. Biarpun begitu rata-rata mereka menyatakan yang binatang ini amat sukar di cari terutamanya yang bersaiz besar dan berharga tinggi seperti yang dikehendaki oleh pembeli iaitu 300gram. Pokook atau tokek yang beratnya 150gram ke atas boleh juga dijual tetapi harganya jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan yang mempunyai berat 300gram. Jadi bolehlah dikatakan bahawa batasan harga tinggi dan rendah ialah 300 gram..

Jika di tempat liar dan bukan dipelihara tokek boleh dijumpai pada pokok yang berlubang seperti di bawah.. 


Tokek suka menyisip pada rekahan kulit kayu dan menjadikannya sebagai tempat perlindungan dan menghendap mangsanya. Di samping itu, tokek juga menjadikan tempat sebegini sebagai tempat untuk bertelur dan akan terus tinggal di situ bersama-sama dengan generasinya..
Ini ialah tokek yang selalu dijumpai pada tempat seperti ini. Biasanya apabila semakin membesar warna kulitnya akan lebih berkilau tetapi kulitnya akan berkedut sedikit. Bintikan pada kulit berwarna putih.

Salah satu perkara yang menjadi trademark kita dalam mengenali samada itu tokek atau bukan ialah dengan melihat kepada jumlah jari kakinya. Cicak dan biawak mempunyai 4 jari kaki atau tangan tetapi tokek mempunyai 5 jari kaki..
Jika di hutan tokek atau pokook ini akan berbunyi sekitar jam 9 pagi, 12 tengahhari, lewat petang dan malam.. Jadi Tokek liar boleh di cari pada waktu-waktu itu berdasarkan di mana asalnya bunyi itu datang tetapi agak sukar pada waktu siang kerana pada waktu ini tokek akan bersembunyi pada lubang tempat tinggalnya..

 
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

3 comments:

Unknown said...

memang dah macam musim pulak sekarang orang sibuk cari tokek ni kan??sebab ia lebih berbaloi dari masuk skim cepat kaya..jumpa terus jadi jutawan katanya..fuhhh..

iddinm said...

sendra..

Ada cerita yang mengatakan seorang pemilik tokek seberat 410gram dr Telupid telah menjual tokeknya pada harga 800 ribu..

Kayo kayo

admin said...

kat kebun2 ade x tokek ni??

Entri-Entri terkini