CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Wednesday, June 30, 2010

Rosmah syor beri alternatif pada pesalah remaja untuk tidak terus ke penjara

29th June, 2010
BANGI: Penaung Permata Negara, Datin Seri Rosmah Mansor mencadangkan satu undang-undang digubal bagi membolehkan remaja yang disabit kesalahan diberi pilihan untuk tidak ke penjara.
“Buat masa ini tiada undang-undang yang memberikan mereka alternatif.
“Saya berharap satu undang-undang dapat digubal bagi memberi alternatif kepada mereka sama ada mahu ke penjara atau membuat kerja-kerja sosial atau memasuki program-program pemulihan,” katanya ketika berucap menyempurnakn majlis penutup Kem Perkasa Remaja Sesi I, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini kelmarin.
Katanya sekiranya remaja berkenaan dimasukkan terus ke penjara ia mungkin memberi kesan kurang baik kepada masa hadapan mereka.
Isteri Perdana Menteri berkata Program Kem Perkasa bagi golongan Mat Rempit dan Program Komuniti Perkasa boleh dijadikan sebagai satu program alternatif kepada remaja yang berkaitan.
Kedua-dua program itu bernaung di bawah Program Permata Negara.
Selain itu, Rosmah berkata, mengikut kajian Indeks Belia Malaysia tahun 2007 terdapat 12 peratus atau ham- pir 500,000 remaja terbabit dalam sekurang-kurangnya satu salah laku.
“Ketika ini, terdapat hampir empat juta generasi muda berumur antara 15 hingga 25 tahun di Malaysia,” kata- nya. Bagi Kem Perkasa Remaja Sesi I yang bermula Mac lalu, 33 peserta terdiri daripada Mat Rempit yang ditangkap dan dirujuk oleh polis telah selesai mengikuti program selama tiga bulan.
Bagi yang berminat mengikuti Program Kem Perkasa ini, mereka boleh menghubungi Pusat Pemerkasaan Remaja (Perkasa), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM, melalui email dfssk@pkrisc.ukm.my, telefon 03-8921 5354 atau faksimili 03-8925 2836.


-sabahtimes-

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.


Bookmark and Share
Share

2 comments:

rammyd said...

bagus juga macam tu sebenarnya.. takdela remaja buang masa dalam jail tuh. kua pon tak insaf2 jugak.. huhu


pelakon popular korea bunuh diri

iddinm said...

yala..saya setuju juga...

Entri-Entri terkini