CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Friday, October 29, 2010

Awas.. Bahaya kepada kaum hawa..mungkin juga kepada lelaki...hati-hati selalu..



Amaran kepada semua Kaum Hawa.

Amaran pada Kaum Wanita dan kepada sumua kaum perempuan yang memandu, Kes ni betul-betul menakutkan.

<Kisah ini betul2 terjadi kat Penang>

Ingat lagi tak dengan kes Ms Canny Ong yang dirogol dan dibunuh??

Kisahnya..ada seorang perempuan ni berhenti dekat stesen gas "pay-at-the-pump" untuk isi minyak..sebaik saja dia siap isi minyak tu dan nak beredar, seorang pekerja kat situ buat pengumuman yang kad kredit perempuan ini ada problem sikit..pekerja tu suruh perempuan ini masuk ke dalam untuk bayar..tapi perempuan ni confused la sebab transaksi menunjukkan yang pembayaran kad kredit dia diluluskan dan tak ada masaalah apa2 pun.. so perempuan tu bagitau la pekerja tu dan dia pun bersedia nak beredar ke kereta dia balik..tapi pekerja tu tetap bertegas dan suruh dia masuk dalam..perempuan tu pun decided untuk masuk ke dalam...sebaik aje dia masuk kat dalam..dia mula marah kat pekerja tu..

lalu pekerja tu suruh dia bertenang dan bagitau hal sebenarnya.. .nak tau apa?

Sebenarnya masa perempuan tu dok isi minyak,pekerja tu nampak ada laki menyelinap kat belakang kereta perempuan tu dan pekerja tu dah pun telepon polis..perempuan tu pun apalagi, takut la..dia pun try intai dan dia nampak pintu kereta dia terbuka dan lelaki tu keluar dari kereta dia..

Sekarang ni..ada laporan yg mengatakan yg sekang ni ada gang yang amik body part orang pompuan..salah satu cara diorang adalah dgn menyelinap masuk kereta ornag perempuan masa perempuan tu tengah pump gas atau beli barang kat kedai TGH2 MLAM!! kemudian, dia orang akan potong kaki perempuan tu untuk memudahkan mereka culik dan bunuh perempuan tu..

Satu cara lagi pulak,dia orang akan masuk kedalam kereta yg tak ada orang dan tak berkunci kemudian culik perempuan tu dan bunuh dia orang. Semalam pun ada Crime Investigation di Astro menceritakan kes yg sama di Hong Kong . Tapi perlakunya adalah pemandu teksi yang mengambil penumpang perempuan selepas lepas tengan malam. Memang ngeri.

Sila panjangkan email ini pada sesiapa yg anda kenali.

Bagi kaum perempuan elakkan keluar bersaorangan diwaktu malam.



Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Gula - Bukan tebu sahaja yang jadi sumber untuk mendapatkan gula..

Habuk kayu boleh dijadikan gula


Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim menunjukkan gula yang dihasilkan daripada habuk kayu di UMP, Jalan Gambang, Kuantan, semalam.


KUANTAN 28 Okt. - Habuk kayu yang dianggap sebagai bahan buangan kini mampu menghasilkan gula yang boleh digunakan sebagai bahan makanan, ubat-ubatan dan kosmetik.
Menariknya, cetusan idea seorang penyelidik dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini berjaya mewujudkan alternatif terbaik kepada pesakit kencing manis kerana gula tersebut tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan.
Menurut Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim, idea menghasilkan gula daripada habuk kayu itu tercetus apabila mengetahui negeri ini mengeluarkan sebanyak 2,520 tan bahan itu sebulan.
"Saya merasakan perlu membuat penyelidikan terhadap habuk kayu tersebut kepada bahan bernilai dan bermanafaat daripada ia dibiarkan begitu sahaja.
"Setakat ini habuk kayu hanya digunakan untuk penanaman cendawan, menghasilkan telur masin dan ternakan ayam.
"Malah, penghasilan gula daripada habuk kayu juga mampu menjana pendapatan lumayan kerana harga sekilogram habuk kayu hanya tiga sen tetapi menjadi RM1.20 sekilogram apabila ditukarkan kepada gula," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis meraikan kejayaan cemerlang penyelidik UMP di British Invention Show 2010, London di UMP, Jalan Gambang di sini hari ini.
Mimi dan dua lagi penyelidik UMP yang juga Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr. Rosli Mohd. Yunus dan Dr. Zularisam Ab. Wahid berjaya memperoleh pingat emas dalam kategori masing-masing dalam pertandingan selama empat hari bermula 13 Oktober lalu.
Hadir sama di majlis tersebut ialah Naib Canselor UMP, Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim.
Bagi Mimi, gula ciptaannya adalah terbaik jika dibandingkan dengan gula alternatif untuk pesakit diabetes kerana mengandungi aspartam.
"Aspartam yang berasaskan bahan kimia boleh menyebabkan tumor otak," jelasnya sambil memberitahu semua jenis habuk kayu mampu menghasilkan gula melalui penyelidikannya.
Tambahnya, pada masa kini dia menghasilkan gula daripada habuk kayu jenis meranti dan cengal.
"Sudah tiba masanya kita menukarkan kepada gula alternatif ini kerana berdasarkan statistik dianggarkan kira-kira 2.37 juta rakyat negara ini mengidap diabetes menjelang 2020.
"Pengunaan habuk kayu juga mampu mengatasi masalah pembuangan sisa industri yang mencapai 15 juta tan setahun di seluruh dunia," jelasnya sambil memberitahu beliau menjalankan penyelidikan ini selama tiga tahun.
Katanya, setiap 40 kilogram (kg) habuk kayu mampu menghasilkan kira-kira 12 kg gula dalam tempoh dua hari.


-utusan-

Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Thursday, October 28, 2010

Paul Oktopus mati pada usia 2 setengah tahun..

Peramal keputusan paling popular pada kejohanan bolasepak piala dunia 2010 di Afrika Selatan baru-baru ini dilaporkan mati pada usia 2 1/2  tahun atas sebab kematian natural seperti yang dilaporkan oleh associated press. Ramalan-ramalannya pada bolasepak piala dunia semuanya tepat menjadikan Paul sebagai bintang pada temasya kali ini..


Walaupun Paul telah mati tetapi namanya tetap terpahat dalam sejarah sebagai peramal yang hebat pada mana-mana perlawanan bolasepak piala dunia.



Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Sunday, October 24, 2010

Blog aku ni ada iras-iras blog porno kah? huhu

Aku hairanlah bila orang buat carian di google berkaitan blog atau web porn, ada juga carian yang tersangkut di blog aku.. Serasa aku, aku tidak pernah menulis tentang list blog porno atau web porno... macamana carian ini boleh keluar blog aku pula?  Tak faham..


Sudahlah tu carian itu adalah yang kedua terbanyak? Kalau orang mau cari yang porn dalam blog aku tak ada lah kecuali cerita mengenai Peter Porn dulu.. Kalau itu adalah dua tiga kali aku tulis.. Tentu orang tu kecewa bila membuka blog aku kerana gagal menjumpai list blog atau web porn di blog aku... Aku masih tak faham..huhuhu



Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih.

Bookmark and Share
Share

Friday, October 22, 2010

Manchester United is still Love Rooney...Rooney have signed new 5 years contract.. Who is the player to be dismissed next year at United??

Hari ini akhirnya teka-teki mengenai masa depan penyerang England Wayne Rooney bersama Manchester United terjawap juga di mana Rooney baru menandatangani kontrak baru untuk bersama United selama 5 tahun yang mana ini akan mengikat Rooney bersama Manchester United sehingga tahun 2015.

Setelah dilanda pelbagai kontroversi baru-baru ini segalanya terlerai akhirnya di mana Rooney nyatanya masih sayang kelab yang melonjakkan namanya di persada bolasepak. Prestasi Rooney yang tidak ketentuan akhir-akhir ini dengan pelbagai masalah peribadi dan pendedahan akhbar telah menjadi perbualan ramai akhir-akhir ini.


Masalah peribadi inilah yang telah membuatkan Rooney telah kehilangan sengat dalam EPL..

Rooney memang tergolong dalam pemain-pemain handalan dan utama pasukan Manchester United..

Berita hangat baru ialah pengurus United Sir Alex Ferguson dikatakan telah menyenaraikan 10 pemain masa kini United yang tidak akan di senaraikan pada musim akan datang. Pemain tersebut adalah seperti bintang Korea Park Ji Sung, Vidic, Gary Neville, West Brown dan beberapa pemain ternama lain.. Keputusan ini akan membuatkan pasukan United akan berwajah baru pada musim akan datang... Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku kelak dan apakah semua ini adalah kebenaran atau hanya rumours yang disebarkan oleh seseorang yang berkepentingan...kita tunggu dan lihat..



Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Monday, October 18, 2010

Rekod dunia yang sukar dipecahkan di sukan Komanwel

Percaya atau tidak satu rekod dunia telah dicipta di sukan Komanwel 2010 di Delhi dalam sukan Badminton di mana pemain tuan Rumah Saina Nehwal berjaya mengalahkan Caroline Black dari Ireland Utara 21-0,21-2. Dalam sistem permainan badminton sekarang yang kiraannya jika anda melakukan sebarang kesilapan, pihak lawan akan mendapat mata...memang sukar untuk memenangi permainan dengan kemenangan 21-0 tetapi inilah yang berlaku dalam perlawanan ini. Untuk mendapatkan 21-2 dalam satu-satu perlawanan badminton pun satu perkara yang susah apatah lagi 21-0.?


Saina Nehwal akhirnya telah berjaya memenangi acara perseorangan Badminton Sukan Komanwel 2010 ini dengan mengalahkan Wong Miew Ciew dalam perlawanan 3 set. Nyata dalam perlawanan akhir tersebut Miew Ciew hanya memberikan tentangan dalam set pertama tetapi gagal memberikan saingan dalam set berikutnya dan memberikan emas kepada Saina.


Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Friday, October 15, 2010

Hadiah lumayan Lumba haram

Aku tergelak melihat satu iklan tetapi dalam masa yang sama aku rasa ianya pasti dapat memberikan pengajaran yang mendalam jika kita menghayatinya dengan sepenuh hati..


Kepada semua yang terlibat dengan perlumbaan haram, inilah yang akan menanti anda. Jadi berfikir panjanglah jika anda ingin berbuat demikian ataupun jika anda sudah berkecimpung dengan bidang ini.



Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Wednesday, October 6, 2010

Lagi perkembangan Kes bunuh Datuk Sosilawati...

Kertas siasatan kes bunuh Sosilawati hampir siap

5th October, 2010
 
KUALA LUMPUR: Kertas siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dijangka siap tidak lama lagi, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.
Beliau berkata polis masih lagi berbincang dengan unit khas yang mengendalikan kes itu bagi melengkapkan dan mengemaskini siasatan seperti yang diminta oleh Jabatan Peguam Negara.
“Ada lagi perkara yang perlu disiasat. Dijangka (kertas siasatan) siap dalam tempoh terdekat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini kelmarin.
Mohd Bakri berkata kertas siasatan itu berkemungkinan dihantar bersama keputusan ujian DNA.
“Kami belum memperoleh sepenuhnya keputusan ujian dan masih menunggu perincian dari Jabatan Kimia. Kita tidak mahu bagi tekanan kepada Jabatan Kimia, pakar patologi dan mereka yang terlibat, jadi kita akan tunggu perincian sepenuhnya dari mereka dahulu,” katanya.
Mohd Bakri turut meminta orang ramai terutama media supaya bersabar menunggu siasatan polis dan tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
Polis telah menghantar kertas siasatan kes itu kepada Jabatan Peguam Negara pada 21 Sept lepas tetapi dikembalikan semula keesokan harinya untuk dilengkapkan.
Sosilawati 47, bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor, untuk urusan pembelian tanah.
Polis kemudian mengesahkan keempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting.
Hasil siasatan, Unit Forensik Polis menemui beberapa objek termasuk serpihan tulang dan sampel rambut dipercayai milik mangsa-mangsa. Bahan bukti kes pembunuhan itu diserahkan ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.
Sehingga ini, polis menahan lapan suspek, termasuk dua peguam adik beradik, bagi membantu siasatan.
Tiga daripada mereka ditahan reman sehingga 7 Okt dan lima yang lain sehingga 8 Okt bagi membantu siasatan.
Siasatan turut merangkumi satu lagi kes pemubuhan melibatkan hartawan warga India A. Muthuraja yang dilaporkan hilang selepas tiba di negara ini pada 18 Jan lepas.


Sumber:
Sabahtimes

Kita juga berharap agar kes ini dapat diselesaikan dengan segera.


Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Friday, October 1, 2010

Menziarahi kubur membawa keinsafan..

Teringat aku waktu hari raya pertama yang lepas.... Biasanya sudah menjadi amalan yang selepas menunaikan solat sunat hariraya aidilfitri maka kunjungan ke kuburan akan diadakan. Selain dari membersihkan rumput yang telah tumbuh di atas pusara lain-lain pembersihan juga dilakukan dan juga bacaan tahlil.
Kunjungan ke kuburan ini banyak membawa makna kepada orang Islam. Ianya bukan sahaja untuk datang membersihkan kuburan tetapi juga menyedarkan kita betapa setiap yang hidup itu pasti akan mati. Tiada yang kekal selamanya kecuali Allah swt. Setiap kali kunjungan pasti ada sahaja yang baru pergi untuk selamanya dan ini dapat dilihat di kuburan. Bukan persoalan adakah kematian itu akan berlaku tetapi sepatutnya kita insaf yang kita juga akan menuruti mereka ke kuburan suatu hari nanti.


Dalam kesibukan kerja seharian kita, janganlah kita lupakan kehidupan selepas mati. Beramallah selagi masih ada peluang. Sama-sama kita berusaha mencari kebahagiaan hidup di dunia dan juga akhirat.  



Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Rahsia Kasut

Kasut dinamik

Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar
fatin@bharian.com.my


WONG Li Zern memberi keterangan mengenai kesesuaian kasut yang diperlukan mengikut jenis tapak kaki.

Pergerakan sempurna pelihara kaki daripada alami kecederaan

SETIAP individu yang dilahirkan ke dunia ini terbahagi kepada tiga jenis tapak kaki berbeza dan setiap permukaannya memerlukan jenis kasut bersesuaian terutama bagi mereka yang gemar bersukan, pemilihan kasut yang tepat memainkan peranan penting agar kecerdasan tidak terganggu.

Ketika melakukan aktiviti berjalan laju, berlari dan melompat, tekanan yang kuat akan dikenakan terhadap otot di bahagian betis, peha dan punggung. Oleh itu, penggunaan kasut yang betul mampu mendorong kepada pergerakan sempurna selain ia mampu memelihara kaki daripada mengalami kecederaan.

Sehubungan itu, untuk tampil menarik dan selesa sudah menjadi kebiasaan bagi mereka, selain memberi penekanan terhadap penjagaan kulit, solekan dan pakaian, kasut juga memainkan peranan baik dalam melakukan urusan pejabat mahupun beriadah.

Kini, evolusi rekaan kasut sukan terutama untuk wanita yang semakin aktif beriadah menyaksikan lonjakan yang semakin berteknologi tinggi dan bermutu selain memberikan keselesaan ketika disarungkan ditambah pula dengan sentuhan canggih serta bergaya.

Pengurus Pemasaran Komunikasi Nike Malaysia, Menaha Nadaraja-Berglund, berkata pemilihan kasut adalah berdasarkan antaranya kestabilan diri, gaya mereka dan teknik pergerakan yang sering dilakukan serta bukan semata-mata mengikut keselesaan mata memandang saja.
Nike Lunar Glide+

“Setiap individu tidak dilahirkan sama dan wanita serta lelaki memerlukan pemilihan kasut bergantung kepada keperluan masing-masing. Berat wanita adalah dalam lingkungan 10 hingga 15 peratus lebih ringan berbanding lelaki.

“Oleh itu, kasut untuk wanita diletakkan busa lembut pada bahagian bawah tumit dan dengan manfaat Dynamic Support, ia berupaya menyelaraskan ibu jari kaki yang mengembang bagi menampung lebar berbeza kerana wanita berkemungkinan mempunyai kaki yang lebih besar pada bahagian hadapan," katanya.

Menaha ketika melancarkan Nike Run For My School Challenge berkata, memandangkan kehendak yang semakin meningkat, kasut sukan Nike, Nike LunarGlide+ menjadi antara kasut sukan rekaan terkini yang bersifat ringan dengan seni reka bentuk inovatif yang dinamakan sebagai Sokongan Dinamik.

Katanya, Sokongan Dinamik yang dihasilkan itu bertindak sebagai struktur sokongan bersesuaian dengan gaya lenggang pengguna ketika mengenakan kasut sukan berkenaan untuk melakukan riadah atau kegiatan lain. "Kasut yang dihasilkan dengan kaedah Sokongan Dinamik ini juga menyediakan asas perlindungan dan kestabilan yang diperlukan oleh setiap kaki serta direka khusus untuk kegunaan kedua-dua jantina serta mempunyai sokongan mahupun kestabilan berbeza.

“Sifatnya yang ringan juga mampu melahirkan keselesaan kepada pengguna. Kasut yang ringan berupaya mengurangkan beban dikenakan terhadap kaki selain mempercepatkan pergerakan serta mengurangkan risiko bunion pada kaki,” katanya.

Bagi menambahkan lagi keselesaan ketika menyarung Nike LunarGlide+, gabungan busa Lunarlite dan teknologi Flywire yang pernah digunakan pada sukan Olimpik Beijing pada 2008 buat pertama kali ketika itu, akan membuatkan kasut lebih ringan dan berunsurkan sokongan lain.

Gabungan kedua-dua bahan penyokong yang diletakkan di bahagian lapisan tengah tapak kasut menjadikan kasut hanya seringan 8.6 auns buat wanita manakala kasut lelaki hanya memerlukan 10.6 auns yang mana ia cukup selesa untuk disarungkan dan tidak memenatkan kaki ketika beriadah lebih-lebih lagi untuk jangka masa lebih panjang.

“Selain ringan dan berteknologi tinggi, kasut ini juga sesuai digunakan untuk perjalanan yang jauh berikutan ia mempunyai sintetik microfiber yang lembut tapi kuat ditambah pula dengan busa stokin, direka khas untuk kedua-dua jantina bagi mengekalkan keselesaan setiap langkah,” katanya.

INFO
Berikut adalah panduan memilih kasut untuk bersenam:

-Beli kasut baru ketika hari menjelang petang. Jika waktu itu anda berhajat hendak membeli-belah, gunakan saat akhir sebelum pulang ke rumah untuk singgah ke kedai kasut kerana otot di kaki waktu itu sedang mengembang sehingga membentuk keadaan fizikal kaki mirip dengan keadaan otot yang berkontraksi ketika berolahraga.

-Sarungkan kedua-dua kasut pada kaki, pastikan keseluruhan kasut tidak terasa ketat. Berjalan, melompat dan membongkok ketika mencuba kasut baru bagi menilai sama ada ia boleh memberi keselesaan pada kaki anda.
 
-Pilih kasut senaman baru yang tidak 'menggigit' bahagian ibu jari kaki kerana dengan harga kasut olahraga yang kini kebanyakannya mencecah ratusan ringgit, ia akan merugikan anda jika tidak dapat dimanfaatkan sebaiknya.
-Pilih kasut senaman mengikut kesesuaian jenis olahraga. Jenis kasut yang menutup permukaan kaki sesuai digunakan untuk sukan jenis aerobik misalnya badminton dan tenis. Sukan jenis ini boleh mengundang risiko kecederaan pada jari dan otot pergelangan kaki akibat bebanan yang bertumpu pada tumit ketika berolahraga.



-Jangan lupa, pilih kasut olahraga yang mempunyai kusyen tebal dan ringan untuk mengurangkan risiko kecederaan. Bagaimanapun, jika anda mencari kasut yang sesuai digunakan untuk senaman jalan kaki dan joging, kasut berkusyen tebal digalakkan.



P/s:
Pilihlah kasut yang sesuai dengan kaki anda tapi ingat juga pada gaya anda...
Share

Entri-Entri terkini