CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Wednesday, January 28, 2015

GST 1 APRIL 2015

Salam semua,

Lama sudah pula tidak menulis di blog. Teringin pula berkongsi cerita  mengenai perkembangan semasa yang pastinya akan melibatkan semua iaitu Cukai Barangan (GST). Perlaksanaan GST pasti akan memberi kesan kepada semua tetapi yang paling terkesan ialah rakyat marhain yang selama ini mempunyai pendapatan yang hanya cukup-cukup.

1 April kita semua akan memulakannya dengan satu bentuk urusan-urusan yang akan mempunyai tambahan 6% pembayaran. Biarpun kerajaan memberi jaminan yang masih banyak barangan-barangan atau perkhidmatan yang tidak dikenakan GST tapi pastinya sukar bagi kerajaan untuk memantau perkara tersebut. Bukan mudah untuk mengawasi semua urusan bisnes apa lagi pasti akan ada yang mengambil kesempatan atas kesempitan untuk kepentingan sendiri.

Maklumat mengenai GST dan perlaksanaannya boleh didapati di http://gst.customs.gov.my/en/gst/Pages/gst_un.aspx

Ramalannya seperti yang berlaku di Singapura semasa perlaksanaan GST rakyat sangat mengalami kesannya pada 2 tahun pertama di mana peningkatan inflasi berlaku. Tidak dinafikan yang kerajaan akan mempunyai dana tambahan yang besar dari perlaksanaan GST ini dan jika kerajaan dapat menguruskan dana ini dengan baik pasti banyak kebaikan kepada pembangunan negara tetapi sebaliknya dan hanya membebankan rakyat jika gagal diurus dengan baik.

Terpulanglah kepada kita sebagai rakyat untuk mengharungi kehidupan mencabar selepas perlaksanaan GST.


Sudah baca tu rajin-rajinlah komen... Terima kasih. Share

Tuesday, July 22, 2014

BUAYA TERBESAR DI DUNIA DI TANGKAP DI FILIPINA.

Largest ever crocodile captured at Philippine?

Kisah buaya besar yang di tangkap di seluruh dunia memang sentiasa menajdi berita hangat apatah lagi buaya besar itu adalah buaya yang pernah membaham manusia sebagai makanannya. Misalnya di Sarawak kisah buaya bujang senang hangat diperkatakan satu masa dahulu dan begitu juga dengan kisah buaya putih di sungai Kinabatangan Sabah yang juga mempunyai cerita yang sama.

Kisah ini senentiasa menjadi cerita orang ramai terutama yang tinggal di pesisir sungai tersebut yang mana walaupun perasaan takut terhadap buaya besar ini tidak perbah luput tapi kehidupan di situ mesti diteruskan dan pertemuan dengan buaya-buaya besar tidak dapat dielakkan demi untuk meneruskan kehidupan.

Baru-baru ini juga satu ekor buaya yang dipercayai terbesar pernah ditangkap telah ditangkap di bandar Bunawan Filipina setelah kerja menangkap buaya ini telah dilakukan lebih sebulan. Buaya ini yang sepanjang  21 kaki dari muncungnya ke hujung ekor dan berat lebih 1 tan yang mana penduduk  di situ telah hidup dalam ketakutan selama lebih 20 tahun.







[ Kosmo.com ] melaporkan
  • “Masyarakat lega,” kata Sumiller selepas buaya tersebut ditangkap.
  • Namun, katanya: “Kami tidak pasti jika haiwan ini pemakan manusia kerana terdapat kelibat beberapa buaya lain di kawasan ini.”
  • Kerajaan tempatan di bandar yang didiami 30,000 orang itu memutuskan untuk tidak membunuh buaya itu.
  • Penduduk di bandar Bunawan sebaliknya mahu membina sebuah taman semula jadi untuk mempamerkan buaya itu.
  • Seorang ketua bahagian hidupan liar di Kementerian Alam Sekitar Filipina, Josefina de Leon berkata, buaya tersebut mungkin yang terbesar pernah ditangkap di dunia.
  • “Berdasarkan rekod kami yang sedia ada, buaya paling besar yang pernah ditangkap adalah 5.48 meter panjang,” katanya.
  • Dalam laman rekod Guinness World Records, ia menyenaraikan seekor buaya yang paling besar pernah ditangkap ialah Cassius sepanjang 5.48 meter.
  • Buaya jantan itu kini hidup di sebuah taman hidupan semula jadi di Australia.
  • Media juga pernah melaporkan bahawa seekor buaya jantan sepanjang 6.2 meter pernah dibunuh di Papua New Guines pada 1982.
  • Pasukan memburu haiwan itu di Bunawan itu datangnya dari sebuah ladang buaya yang dikendalikan kerajaan.
  • Pada mulanya, umpan daging ayam, babi dan daging digunakan pada 15 Ogos lalu sebagai usaha untuk menangkap buaya itu.
 
Buaya pemakan manusia dan haiwan ternakan ini memang menakutkan kerana ianya boleh menyerang mangsa sebelum mangsa menyedari apa-apa. Apabila menyedari serangan itu semuanya sudah terlambat apatah lagi gigitan seekor buaya adalah antara yang terkuat dalam dunia binatang jikapun bukan yang terkuat - AFP.
Sumber photo:


Sudah baca tu rajin-rajinlah komen... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini