Google+ Followers

CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Wednesday, August 26, 2009

Kampungku Kampung Mohimboyon Kundasang Ranau





Kg Mohimboyon terletak 6 km dari pekan Kundasang dan 13 Km dari Pekan Ranau. Kampung ini mendapat nama dari moyang orang di sini yang bernama Limboyon. Jumlah penduduk kg Mohimboyon adalah kira-kira 1350 orang yang 96% adalah orang Dusun.

Kebanyakan penduduk di sini mencari nafkah hidup dengan menjalankan aktiviti pertanian terutama menanam sayur yang boleh dijual dengan harga yang baik di Kundasang dan Ranau. Tidak kurang juga yang mengusahakan tanaman padi bukit di tanah masing2 dan juga menanam padi Sawah di kawasan pekan Ranau. Ramai juga yang berkerja sebagai guru dan lain2 tugas di pekan. Ada juga yang kerja di kawasan penginapan seperti di Zen Garden, Kinabalu Pine Resort, National Park dsb
 

Pengangkutan penduduk kampung ke kedua-dua pekan tersebut adalah menggunakan bas 'pawong kampung' yang boleh di dapati hari-hari. Kalau hendak ke Kundasang tambangnya adalah RM3 dan Rm5 Kalau hendak ke Ranau. Di kedua2 pekan inilah penduduk kampung mendapatkan perkhidmatan bank dan sebagainya dan juga membeli barang keperluan harian mereka.

Kebanyakan anak penduduk kampung bersekolah di Sk Mohimboyon Ranau yang terletak 1.5km dari kampung dan berhampiran dengan sungai Tahukad. Kalau mau tau best betul mandi di sungai ini... Share

2 comments:

MyGaman Borneo said...

hi,
saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut pelbagai maklumat mengenai kampung mohimboyon untuk tujuan kemas kini maklumat bagi portal komuniti kampung mohimboyon.

harap saudara dapat memberi maklum balas kepada saya di mygaman@yahoo.com

Sekian, terima kasih.

zmah said...

Masukkan gambar kampung ini,akak nak tengok sebab tak sempat pergi dulu.

Entri-Entri terkini