CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Tuesday, September 15, 2009

KESAN HARGA PETROL NAIK

Awal bulan baru-baru ni kita semua mengetahui bahawa harga petrol telah meningkat iaitu Ron97 telah naik dari Rm1.80 ke Rm 2.05 naik sebanyak 0.25 sen. Ron95 diganti dengan Ron92. Persoalannya ialah apakah kesannya kepada rakyat atau lebih tepat lagi pengguna.??? Harga memang naik hanya 25 sen, kalau ditengok memang sikit tapi jika penggunaan petrol tidak dapat dielakkan ianya satu nilai yang besar.

Nelayan terutama yang menggunakan bot-bot yang kecil pasti merasai kenaikan ini. Tangkapan ikan yang tidak ketentuan ditambah dengan kenaikan harga minyak petrol pasti akan menjejaskan perencanaan budget mereka.

Para pengguna kenderaan terpaksa mengatur semula budget mereka tapi yang jelas bukan mereka sahaja yang akan terjejas malahan semua rakyat. ini kerana bila harga minyak naik walaupun sedikit pasti barang lain akan ada kenaikan kerana alasan mereka kos pengangkutan telah meningkat.

Apapun semua pasti akan merasai kesan akibat kenaikan harga minyak ini.
Share

Entri-Entri terkini