CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Tuesday, October 20, 2009

BERITA KWSP..

Kembalikan caruman KWSP kepada 11 peratus: MTUC

19th October, 2009

PETALING JAYA:
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) kelmarin meminta kerajaan membenarkan 2.2 juta pekerja yang memilih potongan lapan peratus bagi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk kembali kepada 11 peratus berkuatkuasa serta merta.
Sambil merujuk kepada keadaan ekonomi yang semakin pulih, Naib Presiden MTUC, A.Balasubramaniam memberitahu Bernama bahawa caruman KWSP merupakan simpanan untuk hari tua bagi pekerja sektor swasta dan adalah penting peratusan simpanan itu dikekalkan.
Berikutankrsisi ekonomi, pada November lepas, kerajaan telah membenarkan para pekerja untuk memilih sama ada kekal dengan caruman 11 peratus atau mengurangkannya sebanyak tiga peratus kepada lapan peratus untuk tempoh dua tahun mulai 1 Jan tahun ini.
Menurut KWSP, sejumlah 2.2 juta atau 40 peratus daripada pekerja telah memilih untuk mengurangkannya kepada lapan peratus.Balasubramaniam berkata MTUC kini prihatin dengan 2.2 juta pekerja kerana “mereka kini kerugian dalam bentuk dividen dan bayaran akhir apabila mereka mencapai umur persaraan.”
Katanya walaupun pilihannya adalah dua tahun, kerajaan perlu membenarkan mereka untuk kembali kepada caruman yang asal sekarang.


Sumber: Sabah times

P/S:
Dulu buat ramai yang menyokong dan tak fikir atau kaji bagus2. Sekarang macamana???
Share

Entri-Entri terkini