CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Saturday, August 21, 2010

DURIAN TINGKATKAN TAHAP KESUBURAN WANITA?

Benarkah durian meningkatkan tahap kesuburan wanita?

Jika benar maka sekaranglah masanya kerana musim durian kembali lagi. Durian bukanlah susah diperolehi pada masa ini dan ianya boleh dibeli dikebanyakan tempat dengan harga yang paling minima.. Anda boleh mendapatkan durian berkilo-kilo jika anda mahu.. tetapi berlainan pula cerita di India....
  
    Di Chennai India ramai golongan wanita percaya bahawa buah durian boleh meningkatkan tahap kesuburan wanita.  Disebabkan oleh kepercayaan ini para pemilik ladang durian sibuk mengambil tempahan buah dan para penjual pula sibuk meletakkan poster tentang potensi buah ini sementara pihak media di Tamil Nadu juga sibuk melaporkan tentang perkara ini.



   Wanita-wanita mandul berbaris-baris untuk merasai buah yang jarang-jarang dilihat di negeri ini dengan harapan selepas memakannya mereka boleh mendapatkan anak. Buah durian menjadi semakin terkenal di kalangan pasangan yang belum mempunyai anak walaupun secara saintifiknya belum dibuktikan tentang dakwaan itu.



   Harga buah durian meningkat antara Rs300(Rm24) hingga Rs1000(Rm74) sekilo namun permintaannya tetap tinggi.



   Namun doktor-doktor menolak dakwaan tersebut dengan berkata durian tidak mempunyai sebarang kaitan dalam meningkatkan tahap kesuburan wanita.. Petikan akhbar tempatan baru-baru ini...

Pun begitu pada pendapat aku pasangan yang sudah berkhawin tidak salah dalam melakukan apa jua usaha untuk mendapatkan anak. Jika sudah lama berkhawin dan masih belum dikurniakan rezeki anak berusahalah dan berserah kepada Allah kerana dialah yang mengurniakan segala rezeki di dalam dunia ini. Mungkin usaha anda belum mendapat hasil tetapi dalam hal yang sebegini tiada yang lebih baik melainkan kesabaran.

Dalam dunia perubatan moden sekarang berbagai-bagai jenis atau cara yang boleh kita cuba untuk mengatasi masalah mendapatkan anak. Tidak dapat yang satu maka boleh lagi cuba yang satu. Kalau ilmu perubatan moden juga gagal maka ilmu perubatan tradisional boleh di cuba. Cubalah datang berurut kepada mak bidan yang mahir-mahir agar boleh mendatangkan sesuatu.

Apapun yang berlaku ini semua hanyalah usaha yang kita mampu lakukan tetapi yang lebih penting selepas berusaha ialah menyerahkan segalanya kepada Allah dan reda dengan apa jua kejadiannya selepas itu. Jika kita rajin berusaha insyaAllah usaha kita akan diberkati tuhan dan kejayaan akan menanti di hadapan kita...aminnn
Share

2 comments:

BUJANG SUSAH said...

boleh hantar durian (sabah) merah kat india ni.. hehehhee

iddinm said...

Boleh..banyak tu BS..hahah

Entri-Entri terkini