CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Tuesday, October 6, 2009

LOJI ARANG BATU DI SABAH...

Semenanjung Dent dipilih untuk bina loji arang batu di Sabah

15th September, 2009 KOTA KINABALU: Kerajaan telah mengenal pasti kawasan Semenanjung Dent berhampiran Felda Sahabat di Lahad Datu sebagai tapak yang sesuai bagi membina loji arang batu di negeri ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, pembinaan loji bagi menampung keperluan elektrik penduduk di sekitar Pantai Timur nege- ri ini dan ianya akan dilakukan segera sebaik sahaja kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) diterima.
“Selepas kajian dibuat oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi masalah bekalan elektrik ialah dengan membina loji arang batu.
“Lokasinya adalah jauh daripada komuniti masyarakat dan kawasan itu juga kepunyaan Felda iaitu di Semenanjung Dent,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian sede- kah jariah Al-Mubarak Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di sini kelmarin.
Pada malam Ahad Perdana Men- teri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan sedia menjadikan Felda Sahabat yang terletak kira-kira 100 kilometer dari Lahad Datu sebagai lokasi baru loji janakuasa arang batu di negeri ini bagi mengatasi masalah elektrik yang sering terputus di pantai timur negeri ini
Menurutnya, loji jana kuasa arang batu yang sebelum ini dicadangkan dibina di Lahad Datu dan Sandakan tetapi di bantah beberapa pihak perlu dibina segera bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan elektrik khususnya di Pantai Timur Sabah.
Loji jana kuasa arang batu yang boleh menghasilkan tenaga elektrik sehingga 300 megawatt pada asalnya dicadangkan dibina di Silam, dekat Lahad Datu tetapi ditolak kerajaan negeri selepas mendapat bantahan penduduk tempatan.
Ia kemudian dipindahkan ke Sandakan tetapi turut ditolak penduduk tempatan yang kemudiannya menggesa kerajaan supaya tampil dengan loji jana kuasa menggunakan teknologi mesra alam.
Menurut Musa, pembinaan loji arang batu di kawasan itu perlu dilakukan bagi memenuhi keperluan yang semakin meningkat khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah yang sedang pesat membangun.
“Masyarakat di sana menderita, peniaga mengadu termasuk semua Dewan Perniagaan Cina dan persatuan perniagaan dan saya fikir alternatif di pantai timur ialah membina loji arang batu.
“Sudah tentu kita maklum populasi (di Pantai Timur) sedang bertambah dan industri perniagaan berkembang jadi kita perlukan tenaga,” katanya.
Dalam pada itu ketika ditanya mengenai bantahan keras sesetengah Badan Bukan Kerajaan (NGO), Musa berkata, beliau berharap semua pihak memahami keperluan pembinaan sebuah loji tenaga di kawasan itu.
Jelasnya, apa yang penting ialah, teknologi yang akan digunakan dalam pembinaan loji berkenaan adalah selamat dan telah digunakan oleh negara-negara lain termasuk negara maju.
Turut hadir pada majlis itu Peng- erusi Jawatankuasa Masjid Bandaraya, Datuk Haji Yussof Datuk Haji Kassim yang juga Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan.

Source: The New Sabah Times

So apa komen teman2 sekalian?
Share

Entri-Entri terkini