CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Tuesday, November 3, 2009

Bayaran bantuan bulanan JKM dipercepat kepada 1 haribulan lagi

2nd November, 2009
 
KUALA LUMPUR:

   Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mula membayar bantuan bulanan kepada penerima di Semenanjung pada 1 haribulan sejak September lepas walaupun tarikh pembayaran itu hanya berkuatkuasa pada Januari depan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata kementerian itu mengambil langkah proaktif mempercepatkan tarikh pembayaran tersebut walaupun Bajet 2010 memperuntukkan penguatkuasaan bayaran bantuan itu pada tahun depan.
   “Langkah ini merupakan usaha prihatin kerajaan yang memahami nasib golongan yang memerlukan bagi meningkatkan taraf rakyat berpendapatan rendah seperti yang terkandung dalam salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA),” katanya selepas menyampaikan bantuan kebajikan kepada 170 penerima di kawasan Gombak di sini kelmarin.
   Bagaimanapun beliau berkata pembayaran pada 1 haribulan kepada penerima bantuan di Sabah dan Sarawak akan bermula 1 Jan 2010. Katanya JKM memberi bantuan bulanan kepada 300,000 penerima bernilai RM460 juta pada setiap tahun sementara di Selangor sahaja seramai 17,976 orang menerima bantuan itu dengan melibatkan pembayaran RM33 juta sejak Januari hingga September lepas.

P/s:
Berita baik kepada sesiapa yang mendapat bantuan ini.

Sumber:
Sabah Times
 

Share

Entri-Entri terkini