Amerika memang jaguh dalam mengatakan tentang penggunaan senjata pemusnah.. Jika ada negara-negara lain yang cuba menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber tenaganya hari ini juga Amerika Syarikat akan terus masuk campur dan memberi amaran supaya negara itu menghentikan hajatnya serta-merta. Mereka tidak mahu ada negara lain yang akan mampu memberi ancaman kepada negara tersebut.
Tapi lain pula ceritanya bila negara Israel yang berbuat demikian. Negara Yahudi ini sentiasa mendapat sokongan dari Amerika dan menghalalkan apa sahaja yang dilakukan oleh negara ini. Siapa yang menghalang mesti dihapuskan dengan apa cara sekalipun. Negara lain seperti Iraq, Iran, Korea Utara dan beberapa negara lain menjadi sasaran dasar luar Amerika ini.
Penggunaan senjata kimia atau biologi halal bagi Amerika. Lihat saja kesan yang terpaksa ditanggung oleh generasi kakan-kanak Iraq sekarang. Kecacatan dan sebagainya.
Kasihan kanak-kanak ini lahir cacat angkara kesan senjata yang Amerika gunakan semasa perang Iraq dulu. Terdapat banyak lagi kes2 yang seperti ini atau yang seumpamanya berlaku di Iraq. Jangka masa panjang, tanam-tanaman di Iraq yang telah musnah dan di cemari oleh sisa2 bahan peperangan pasti akan menjadikan rakyat Iraq akan menderita dalam jangka masa yang panjang.
2 comments:
inilah nasib umat islam skrg..ditindas yahudi..dlm keadaan mcm ni pun, org islam msih nk bgaduh, bcakar sama sendiri..bila la nk sedar..
Tidak payah melihat ke luar negara. Dalam Malaysia sendiripun pemimpin Islam asyik bergaduh sesama sendiri..
Post a Comment