CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Sunday, April 11, 2010

satu lagi hari yang sibuk bagiku

Hari ini adalah satu lagi hari yang sibuk bagiku. Bukan apa, biasalah kerja. Nasib baiklah bos tidak ada ni hari jadi kurang sikit tekanan daripada hari-hari biasa.

"Buah..buah..buah..". itulah yang selalu diucapkan oleh bos pada waktu pagi. Biasalah kerja di ladang kelapa sawit..Sudahlah pagi tadi buah tidak mencapai target, habis kawan aku kena gosok kerana kawasan dia yang paling sikit buah. Gosokan melalui telefon ja tapi pedas katanyalah..

Lagi yang teruk ialah kami cuba mencari batu penanda sempadan dengan jiran sebelah ladang.. Masuk dalam semak yang berduri, sakit2 badan tertusuk duri. Terpaksa kerana itulah sahaja cara untuk mencari batu sempadan. Ini semua untuk elakkan perselisihan faham dengan orang sebelah ladang tentang sempadan. malangnya kami gagal dalam misi mencari batu sempadan tersebut. Mungkin batu tersebut telah secara tidak sengaja telah terpindah semasa pembangunan dilaksanakan ditempat ini dahulu.

Akhirnya kami pulang dan terpaksa mencari kaedah yang lain untuk menentukan sempadan itu nanti. Harap2 kawan aku di GPS team dapat cari jalan..

Penat, mengantuk, mau tidur... Macam dah beberapa hari tidak tidur.

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini