Google+ Followers

CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Tuesday, May 25, 2010

Bila sudah terlalu sayang, sanggup buat apa saja..

Kita sentiasa dikejutkan dengan berbagai-bagai berita tentang kononnya itu alah pengorbanan dalam bercinta. Ada remaja perempuan yang dikhabarkan sanggup ikut teman lelakinya pulang ke Lombo, Indonesia dan sebagainya kerana terlalu sayang kepada pasangannya itu. Yang palin teruk ialah remaja perempuan itu masih di bawah umur pas tu pulang ke Malaysia dah mengandung kerana telah berkhawin di Indonesia dan menyesal tak sudah.. Persoalannya ialah kenapa mereka sanggup buat apa saja untuk menjadi seperti mereka yang saya nyatakan di atas? Adakah kerana cinta semata-mata atau ada faktor yang lain?

Ada juga remaja perempuan yang sanggup bergadai harga diri demi untuk cinta monyetnya. Selalunya mereka juga yang merana kerana keadaan tidak kembali ke asal apabila mereka ditinggalkan. 

Mungkin mereka tiada pedoman yang baik dalam menjalani kehidupan remaja yang lebih baik. yang ada dalam fikiran mereka ialah mau enjoy saja dan itulah yang mereka rasakan sebagai syurga mereka. Mereka tidak tahu yang kehidupan mendatang lebih mencabar dan sangat sukar??

Perlukah diwujudkan satu garis panduan di sekolah yang akan diajarkan kepada mereka agar mereka tahu batas-batas dan sempadan yang harus mereka patuhi. Atau perlukah di wujudkan satu garis panduan hukuman yang lebih ketat disertai dengan pemantauan yang berkesan ke atas kesalahan yang mereka lakukan?

Kelmarin waktu saya jalan-jalan di pekan dan kebetulan saya melalui satu tempat yang banyak kedai Cyber saya terkejut kerana kedai-kedai itu dipenuhi oleh pelajar sidang petang yang umurnya dalam lingkungan 13-15 tahun. Apakah cyber cafe memang berniaga dengan budak-budak sekolah adalah sasarannya.. Kebanyakan budak di situ lengkap berpakaian seragam.

Saya berpendapat pemantauan oleh pihak berkuasa di bawah seliaan BARISAN NASIONAL ketika ini sangat kurang berkesan atau jarang dilakukan. Mungkin mereka sibuk dengan acara-acara lain yang lebih menguntungkan mereka untuk pilihanraya akan datang.. Kalaulah tidak disiarkan diakhbar atau di mana-mana situasi ini langsung tidak dipedulikan.. 




Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

3 comments:

zxara said...

aku sokong entri ni..tapi bab kerajaan tuh, aku rase 50-50, sebb bukan xde garis panduan, tapi mentaliti anak2 tu sendri & hasil didikan awal yang lebih bnyak memberi kesan.. just pendapat aku jek :)

iddinm said...

Zxara,
Saya juga setuju dengan anda. Ibu bapa, kerajaan dan anak2 muda semuanya ada peranaan masing2 dalam mencorak masa depan anak2 masing2..

Syafrizal said...

kembalilah pada Islam.. Insya Allah terhalang semua tu
jagalah kehalalan makanan anda.. nanti doa diterima, hidayah pun dapat..

Entri-Entri terkini