Parti Pakatan menang di Sibu.. Tahniah kepada semua ahli gerakan parti pembangkang ini yang bertungkus lumus di Sibu yang mana akhirnya berjaya mencapai matlamat menewaskan BN di sini. Berita yang mengatakan DS Anwar turun padang untuk bersarapan bersama rakyat juga ada dipaparkan pada sesetengah blog..http://didunsunghero.blogspot.com
Kalau bagi saya jika ini benar-benar berlaku dan DS Anwar melakukannya dengan ikhlas maka itu satu berita yang baik. Boleh jadi pemimpin yang berjiwa rakyat. Tetapi kena bila sudah menang baru mahu bersarapan dengan rakyat? kalau kalah tidak dengar pula berita yang mengatakan DS Anwar bersarapan dengan rakyat..
Adakah mereka hanya pemimpin yang berjiwa rakyat hanya selepas menang dalam pilihanraya? Atau pun bila sudah menang kenalah tunjukkan muka sikit dan lepas tu tahun depan baru datang balik ke sana, itupun kalau sudi..yalah mereka dah menang tempat tu jadi tiada apa lagi yang akan di lawat di sana..
Tapi walau apapun, saya respek juga DS Anwar kerana beliau dan kawan-kawannya yang lain dalam Pakatan Rakyat masih mampu menggugat kerajaan BN sekarang... Teruskan usaha sehingga berjaya cuma yang kami rakyat semua pinta ialah janganlah anda teruskan apa-apa yang salah yang kerajaan sekarang lakukan tetapi apa yang bagus yang mereka buat mestilah diteruskan..
Kami rakyat cuma mengharapkan agar dapat hidup dalam keadaan aman sejahtera dan mudah mencari rezeki untuk kehidupan...Kalau PR dapat menunjukkan yang mereka mampu memperbaiki taraf ekonomi rakyat tidak mustahil yang mereka akan menang dalam PRU akan datang..
Janganlah pula PR lebih teruk dari BN yang ada sekarang...
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Share
2 comments:
huhuhu...aku rase sama je BN ke pembangkang ke..klw dh mng bru turun padang mcm tu..huhu..tp niat hati org mne lah kite tau kan
Benar tu ain..
Kita harap kita dapat hidup aman da la
Post a Comment