CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Wednesday, May 5, 2010

KAMPUNGKU KAMPUNG MOHIMBOYON RANAU

Coretan kali ini ialah mengenai bagaimana Kg Mohimboyon itu di bahagi-bahagikan mengikut tempatnya. Sekarang ini terdapat 2 Kg Mohimboyon iaitu yang Kg Mohimboyon lama dan Kg Mohimboyon baru. Pada asalnya hanya terdapat satu kampung sahaja iaitu kg. Mohimboyon Lama. Masa telah mengubah segalanya yang mana penduduk kg Mohimboyon Lama mengejar arus perubahan dan ini menyebabkan sebahagian daripada penduduknya berpindah ke satu penempatan baru yang tidak jauh dari kg Mohimboyon lama iaitu kira-kira 7 km dan tempat ini dipanggil kg Mohimboyon Baru atau lebih dikenali dengan nama kg mohimboyon sahaja. Kg mohimboyon Lama telah ditukar namanya kepada kg Lipantai.
Pada masa ini masih terdapat lebih 10 keluarga yang masih tinggal di Kg Lipantai dan kebanyakannya adalah petani yang mengusahakan tanah-tanah di kg Lipantai. Kemudahan asas di Kg Lipantai telahpun diperolehi dengan siapnya pembinaan saluran bekalan elektrik yang di sambungkan dari kg Mohimboyon. Lagipun beberapa tahun yang lalu, jalan raya ke kg Lipantai telah siap di aspalt walaupun tidaklah berapa luas tapi agak membantu penduduk yang masih tinggal di sana.

Kg Mohimboyon ini pula dibahagikan kepada beberapa nama zin kawasan. Biarpun penduduknya cuma sekitar 1500 orang tapi ianya dibahagikan mengikut anak sungai dan bukit yang ada di situ..Kawasan Luminokos didiami kira-kira 30 orang, Kawasan Danggoi didiami oleh kira-kira 400 orang, Kawasan Sumbiling didiami oleh kira-kira 600 orang dan kawasan kelubaan didiami oleh kira-kira 300 orang dan lain-lain kawasan kira-kira 170 orang. Kawasan Danggoi dan Sumbiling di letakkan sempadannya berdasarkan kepada anak sungai Sumbiling dan Danggoi. Nama diambil dari nama anak sungai itu. Manakala Luminokos dan Kelubaan di ambil berdasarkan nama tempat dan bukit masing-masing.

Kebanyakan anak muda dari kampung ini berkerja sebagai tentera,polis dan lain-lain jabatan kerajaan. Tidak kurang juga yang berkerja sendiri mengusahakan tanah pusaka walaupun kerjaya seperti ini semakin ditinggalkan oleh orang muda. Ada juga yang mencuba nasib dengan berkerja di Sem Malaysia kerana terhadnya peluang pekerjaan di Sabah. Tidak kurang juga yang pergi ke Kota Kinabalu dan mencuba nasib di sana.

Bagi golongan ibu pula kebanyakannya mengusahakan tanah mereka dengan suami dan keluarga mereka yang lain. Mereka akan menanam berbagai-bagai jenis tanaman dan kemudiannya akan di jual di pasar Ranau ataupun pasar Kundasang. Ada juga golongan ibu yang menjual di pasar2 sebagai orang tengah. Pekerjaan sebegini walaupun memerlukan banyak masa tetapi boleh mendatangkan pendapatan yang agak lumayan juga dan boleh juga diharapkan untuk menyara keluarga.

Tidak kurang juga yang mula mengusahakan tanaman kelapa sawit di kawasan lain seperti di Tompios dan juga Tongod, Telupid. Tapi kerja seperti ini memerlukan modal dan juga tanah. Pada saya sendiri, saya tidak suka menanam kelapa sawit kerana saya tahu ianya memerlukan kerja keras dan banyak modal.

Disebalik semua pekerjaan ini tidak kurang anak muda yang berkerja sendiri seperti 'pirates' orang ke Ranau atau KK, dan juga kerja lain seperti welding dan sebagainya. Kehidupan sebegini membuatkan penduduk di sini aman dan bahagia..

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Share

2 comments:

Unknown said...

salam...
eoe entry nie amat2 bagus sekali

sis ayah orang boyan tau...so..senang nak faham..dari mana asalnya,,

terima kasih iddin...

Unknown said...

Assalamualaikum.. bah pensikou ne.. sy dapat juga d mklumat kg sy skit... mw buat kajian sng sdh d.. x pyh sy mw jalan gnsau2x jauh2x.. heheh

Entri-Entri terkini