Google+ Followers

CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Thursday, May 27, 2010

KESELAMATAN 'TOKEK' ATAU 'POKOOK' SABAH TERANCAM? KENAPA?

Oleh kerana permintaan terhadap tokek atau pokook ini semakin tinggi maka berbagai-bagai cara yang dilakukan oleh orang ramai untuk mendapatkan tokek ini. Cicak leopard yang boleh bermutasi dalam pelbagai bentuk warna ini memang cantik untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. lagipun untuk memberikannya makanan tidaklah begitu susah.. Letak saja di bawah sinaran lampu pada waktu malam tokek ini akan makan apa saja serangga yang datang ke tempatnya. Lagi satu kalau diberikan makanan seperti lipas dan belalang tokek ini tidak akan menolak. tokek juga pandai minum air yang kita sediakan di kurungannya.

Baru-baru ini ada pekerja Indonesia yang dikatakan memiliki 6 ekor tokek yang telah di bawa khas dari Indonesia untuk dijual di sini. Persoalannya bagaimana tokek ini yang berasal dari Indonesia dan bukan yang berasal dari Sabah boleh memasuki negeri Sabah dengan mudah? Bagaimana kesannya terhadap tokek yang ada sedia di Sabah seandainya tokek Indonesia ini terlepas ke hutan Sabah?
Apa yang saya tahu mungkin tahap resistance tokek terhadap penyakit berbeza-beza jika ia berasal dari tempat yang berlainan. Jadi tidak mustahil pengimportan haram ini akan menjejaskan tokek yang sedia ada di Sabah khususnya.
Keghairahan memiliki tokek dan kemudian menjadikannya sebagai sumber mata pencarian menjadikan spesis ini terancam.. Apa lagi pembeli ada di mana-mana. Taukeh, pekedai,workshop dan sebagainya semuanya berminat membeli tokek..

Mereka lupa pada prinsip asas untuk menjaga kewujudan cicak leopard ini.. tidak mustahil jika terus diancam kewujudannya satu hari ia akan pupus dari muka bumi...




Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Share

3 comments:

Syafrizal said...

kesian binatang tu
benda2 eksotik ni jangan dijual2
nanti dia pun cepat mati..
habitat dia kita dah ubah
manusia suka sangat benda2 taksub

Anonymous said...

Pokook dan tokek adalah dua spesis yang berbeza. Kita boleh mengetahui dari cara bunyinya, tapi banyak orang tidak tahu.

Tokek tu murah. Yang paling mahal adalah pokook.

Pokook adalah spesis yang sangat beracun. lebih beracun daripada ular tedung. Ianya boleh membunuh manusia dalam masa 3 minit saja.

- Orang Keningau -

Anonymous said...

Bahaya tu bro

Entri-Entri terkini