CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Friday, June 4, 2010

Racun Rumput di sangka minuman biasa?? Budak nyaris maut..

Kerana kurang peka atau kurang ambil berat tentang keselamatan satu keluarga hampir kehilangan anak lelaki mereka berumur 4 tahun.. Racun itu yang kalau dikira tidak tulen dan telah dicampur dengan air tapi kepekatannya masih tinggi. Campuran racun itu di simpan dalam bekas minuman botol.

Budak kecil itu kepenatan bermain-main di luar rumah dan terus minum kandungan dalam botol tersebut apabila pulang ke rumah. Botol itu tidak diletakkan dalam tempat yang selamat. Apabila terlihat kesan racun ke atas budak yang mula muntah-muntah dan mengadu sakit perut itu. Pihak keluarga meragui sesuatu telah berlaku ke atas budak itu dan menghantarnya ke hospital untuk rawatan lanjut. Budak itu disahkan terminum racun jenis glyphosate tapi juga disahkan tidak mengalami kecederaan teruk..

Pengajaran yang kita dapat di sini ialah racun dalam apa jua bentuk adalah bahaya terutama kepada kanak-kanak yang tidak tahu berkaitan dengan racun.. Semua racun mesti disimpan di tempat yang selamat dan tidak boleh dicapai oleh mereka. Jika akanak-kanak terminum racun yang tinggi kepekatannya ada kemungkinan dia tidak akan selamat. 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 
 
Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini