CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Friday, July 16, 2010

Krisis air sejagat.. kita harus bimbang tentang masalah ini..

Persoalan mengenai masalah air adalah satu permasalahan yang besar.. Bukan untuk menakutkan kita semua tetapi persidangan yang dianjurkan baru-baru ini di Eropah telah menyatakan dengan jelas bahawa banyak negara akan mengalami krisis kekurangan bekalan air bermula pada tahun 2015..Negara kita sendiri telah beberapa kali mengalami masalah ini seperti yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor apabila berlaku musim kemarau.. Paras air di semua empangan telah menyusut dengan begitu teruk sekali..

Satu pernyataan utama yang harus kita semua sedar ialah 'Manusia boleh hidup tanpa minyak tetapi tidak akan hidup tanpa air'. Begitulah ungkapan bagaimana pentingnya air kepada kehidupan kita..
Kenapa kita menghadapi krisis kekurangan air? Sebenarnya air yang terdapat di bumi hanya kurang 5% sahaja yang masih boleh digunakan. Punca utama air tawar bersih ini adalah sungai-sungai dan ais-ais di seluruh dunia.. 

Tetapi bermula abad 20 apabila populasi manusia meningkat sebanyak 3 kali maka banyak perubahan telah berlaku pada sumber air yang bersih ini.. Kepesatan pembangunan rekaan manusia telah meningkatkan suhu global yang telah mencairkan ais-ais di kutub.. Pembukaan kawasan pertanian baru yang sebahagian besarnya tidak terkawal telah menyebabkan banyak sumber air telah tercemar. Banyak orang yang membangunkan sesuatu kawasan terlupa tentang semua ini dan jika tiada kawalan secara global maka dalam masa beberapa tahun lagi krisis air sedunia tidak dapat dielakkan..

Dahulu kebanyakan krisis air berlaku di negara miskin di mana mereka tidak dapat menguruskan sumber airnya dengan baik tetapi sekarang bukan sahaja negara miskin tetapi negara maju juga mengalami krisis air.

Menurut PBB seseorang itu memerlukan 50 lt air sehari sebagai keperluannya tetapi sekarang ini lebih 1 billion orang tidak mendapat air sebanyak itu diseluruh dunia.. kalau kita ke kawasan pedalaman pun dahulu air bersih kelihatan di mana-mana tetapi sekarang semuanya telah bertukar menjadi keruh hasil dari kegiatan pemusnahan hutan oleh manusia.

Bila hutan di tebang pada skala yang besar dan digantikan dengan tanaman seperti kelapa sawit, pada saya ianya langsung tidak dapat menandingi apa yang hutan asli boleh buat terutamanya dari segi penadahan air.. Kita lihat sekarang biarpun hujan sedikit sahaja maka air sungai sudah menjadi keruh. Ini kerana banyaknya kawasan yang telah menjadi kawasan tanpa penutup bumi..

Apapun keadaannya dalam kesibukan kita berblog perkara ini tidak harus kita lupakan kerana ianya adalah masa depan kita yang lebih penting.. Kita harus menyokong apa-apa yang dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengekalkan sumber asli air kita.. jika bekalan air masih ada berjimatlah dalam menggunakannya kerana ianya akan kurang pada masa hadapan.
Beberapa rencana mengenai masalah air yang boleh kita jadikan renungan:


Saya sarankan anda baca link kosmo yang mana di situ telah menulis secara panjang lebar masalah yang berlaku dan cara pengurusan yang harus dilakukan..




Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

2 comments:

Namio Oo said...

so, gunalah air seadanya..hahaha

iddinm said...

ya..aku setuju

Entri-Entri terkini