CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Friday, July 30, 2010

Popularnya Luna Maya... gara-gara skandal seksnya dia jadi bahan senda gurauan...



LUNA dilihat bertudung bergerak keluar dari ibu pejabat polis sambil diringi pengawal di Jakarta, semalam. – AGENSi



JAKARTA 29 Julai –
Orang awam berkerumun dan tertarik dengan kehadiran Luna maya ke pejabat polis di sini kelmarin. Orang awam yang hadir di situ yang kebanyakannya lelaki berkerumun di kawasan berhampiran laluan Luna Maya apabila mereka mengetahui yang Luna Maya akan datang ke Balai polis tersebut.

Ketika kekasih vokalis Nazriel Irham alias Ariel itu keluar sekitar pukul 3.15 petang, mereka menyapa dan memanggil nama Luna. “Cik Luna! Cik Luna! Apa khabar? Kamu sangat cantik,” teriak mereka. Mendengar namanya dipanggil, Luna hanya menoleh sebelum tersenyum sambil cuba menutup wajah dengan selendang ungu bertompok hitam yang dipakainya. Seperti sebelum ini, Luna hanya membisu ketika dihujani soalan pemberita yang berulang seperti sempat bertemu dengan Ariel atau tidak.
Sementara itu, peguam kepada suspek yang didakwa sebagai orang pertama memuat naik video lucah, RJ alias Reza Rizaldy, menafikan anak guamnya bakal disoal siasat bersama suspek lain. Nikko Kresna menegaskan Reza masih disoal siasat dan keadaan bergantung kepada penyiasatan.
Dia turut membantah khabar angin yang menyatakan Ariel menyuruh Reza untuk mengedit video tersebut. Reza ketika ditemui selepas keluar dari ibu pejabat polis hari ini kelihatan tenang malah masih boleh bergurau.
Nikko menyatakan setakat ini anak guamnya memberi kerjasama dalam penyiasata, termasuk soal siasat hari ini yang berlangsung selama tujuh jam. Penyiasat mengesyaki Reza bertanggungjawab menyebarkan beberapa video lucah Ariel. – AGENSI


Seperti yang ditulis di Utusan Malaysia 



P/s:
Kalaulah glamer pasal kehebatan lain misalnya dalam bidang nyanyian atau lakonan maka ianya amat baik tetapi jika popular dengan cara ini..aduhhh..ianya memang kurang enak..



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini