CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Tuesday, July 13, 2010

Sekolah tertua, uzur di Ranau perlu diberi perhatian

11th July, 2010

RANAU: Sekolah Rendah Kebangsaan paling tua daerah ini (SK Pekan Ranau) meminta pihak yang berwajib memberikan perhatian sewajarnya mengenai beberapa bangunan dan persekitarannya yang kini terlalu uzur, daif, ketinggalan zaman serta mengancam keselamatan.

Menurut guru besar sekolah berkenaan, Mostajah@ Zunaidi Dullah, tujuh daripada bangunan sekolah berkenaan diisytiharkan haram kerana tidak mendapat kelulusan jurutera Jabatan Kerja Raya daerah atas keadaannya yang tidak selamat.

Sebahagian daripada bangunan sekolah seperti dewan berhimpun dan kantin pula dibina atas daya usaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) secara bergotong royong tanpa pelan pembinaan yang lengkap dan tidak didaftarkan.

“Manakala bangunan lainnya terdiri daripada bangunan papan yang kebanyakannya sudah mencapai umur lebih daripada 40 tahun malah ada bangunan yang dibuat sejak penubuhan sekolah itu lagi pada tahun 1936 tanpa pengubahsuaian yang sempurna,” katanya. Beliau berkata sebahagian daripada dinding, bumbung dan atap sekolah berkenaan sudah terlalu uzur dan bocor-bocor.

“Pegawai Pelajaran Daerah sendiri mengarahkan supaya mengosongkan beberapa bangunan berkenaan kerana tidak selamat tetapi pihak sekolah tetap menggunakannya kerana tiada pilihan lain. “Ini bererti, pihak sekolah terpaksa akan menanggung segala risiko yang mungkin berlaku kepada penggunanya yang terdiri dari 600 orang murid, 47 orang guru dan 6 orang kakitangan bukan mengajar sekolah terbabit,” tambahnya.

Menurut beliau parit yang mengalir di perantaraan bangunan sekolah berkenaan juga merupakan satu lagi masalah besar. Parit tidak bersimen itu akan banjir besar pada musim hujan manakala di musim kemarau ia akan membiakkan jentik-jentik yang membahayakan kesihatan.

Beliau berkata pagar sekolah juga tidak selamat kerana kebanyakannya sudah berlubang-lubang tanpa penyenggaraan. “Jarak antara bangunan pejabat pentadbiran sekolah dengan bilik darjah yang terlalu jauh juga mendatangkan masalah kepada guru-guru terutamanya pada musim hujan,” katanya.Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis penutupan sukan Olahraga Tahunan ke 27 sekolah itu yang dirasmikan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Ewon Ebin, di astaka khas sekolah berkenaan dekat sini.

Dalam ucapan perasmian, Ewon turut bersimpati dengan keadaan sekolah berkenaan yang merupakan sekolah paling tua, banyak berjasa serta banyak mengeluarkan graduan daerah Ranau. Untuk itu katanya, beliau akan menyampaikan mesej penting warga sekolah itu kepada pihak berwajib dan berharap supaya hasrat mereka untuk menukar bangunan itu daripada sekolah papan kepada bangunan konkrit dapat direalisasikan.

Turut hadir hadir pada majlis itu Setiausaha Politik dan Pegawai Perhubungan Kementerian, Japirin Sahadi dan Jafari Yadam dan wakil Pegawai Pelajaran Daerah, Agimin Rimin.


sumber:
sabahtimes

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini