CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Wednesday, July 28, 2010

Susahnya urus kad pengenalan... Kalau warga asing mudah pula...!

Salam,
Sekarang ini heboh di Sabah dengan berita mengatakan bahawa ada pihak atau dalang dalam pengeluaran dokumen IMM13 terhadap pendatang ke Sabah.. Untuk pengetahuan semua dokumen IMM13 ialah dokumen yang dikeluarkan di Sabah pada tahun 70 an kepada pelarian Filipina kerana peperangan pada waktu itu.. Sumber dari Jabatan Ketua Menteri mengatakan bahawa pengeluaran dokumen IMM13 telah dihentikan pada tahun 1984.

Jadi kenapa pihak PBS mengeluarkan dakwaan yang dokumen itu masih dikeluarkan? Adakah mereka mempunyai fakta yang menyokong dakwaan mereka? Jika dakwaan ini benar maka ia satu musibah kepada warga Sabah yang asli.. Kerajaan harus mengambil berat perkara ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Dulu kita pernah dikejutkan dengan adanya 'pengkhianat' di Jabatan Pendaftaran Negeri yang boleh memberikan kad pengenalan kepada warga asing terutama Indonesia. Beribu-ribu orang mendapat kad pengenalan hasil kerja beliau. Adakah kisah ini akan berulang?

Gambar pekerja warga asing dari Bangladesh

Saya ada satu cerita yang boleh kita kongsi sama. Saya pernah terjumpa seorang pekerja ladang Kelapa sawit warga Indonesia yang mempunyai 3 keping kad pengenalan yang mempunyai data yang berbeza.. Saya tahu yang tidak mungkin kita ada 3 kad pengenalan. yang peliknya ialah 2 daripada kad pengenalan itu boleh digunakan untuk berkerja di Malaysia dan boleh menyipan KWSP pula tu?..maksudnya kad pengenalan itu sah..yang saya ragu ialah salah satu dari dokumen ini menunjukkan yang pemiliknya lahir di Shah Alam.. Mana mungkin orang Indonesia yang baru datang dari kampung dan tidak tahu di mana itu Shah Alam boleh lahir di sana? tentu musykil kan??

Kad pengenalan itu boleh diguna untuk buat bank loan.. kalau tak mampu bayar lari balik kampung di Indonesia..macamana?? ekerja dari Indonesia sanggup bayar berapa saja untuk mendapatkan sekeping kad pengenalan asalkan ianya keluar dari jabatan pendaftaran.. Jadi kalau ada 'orang' dalam jabatan yang mahu duit tu..habislah..

Ada juga pekerja warga asing yang mengurus surat beranak anak mereka melalui pintu belakang.. Ayaa.. senang saja.. katalah si A ada keluarga yang sudah ada kad pengenalan yang sah.. Si B hanya pakai pasport.. Anaknya boleh mendapat surat beranak dengan mudah jika si A yang jadi bapanya..

Tapi yang saya hairan kenapa tiada prosedur yang khas dalam menangani masalah ini.. Warga asing kini buat apa saja untuk dapat dokumen ini..lagi mudah kalau ada 'orang dalam' dari suku mereka sendiri... 

Kepada pemimpin yang cakap diri mereka hebat..bagus urus hal ini dulu.. Jangan asyik mau cepat kaya sampai lupa yang anak cucu anda terancam masa depan mereka..



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini