CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Thursday, August 26, 2010

Kakitangan hospital tidak profesional berbanding klinik swasta..

Aku rasa semua orang pernah ke hospital untuk menerima rawatan kesihatan di situ.. Dan di hospitallah kita pernah menempuhi berbagai-bagai pengalaman pahit dan manis mengenai keadaan di situ. Hospital kerajaan ialah tempat kita rakyat semua menerima rawatan dengan bayaran yang paling minima. Jika dibandingkan dengan klinik-klinik swasta yang mengenakan bayaran sekurang-kurangnya rm30 untuk sakit batuk-batuk sahaja, hospital merupakan tempat yang paling ideal untuk menerima rawatan.. Jadi kenapa pula aku membenci keadaan di hospital? Bukankah hospital tempat yang bagus? Apa masalahnya?

Mungkin disebabkan bayaran yang murah ini maka tahap perkhidmatan di hospital kerajaan ini tidak mencapai status yang diharapkan. Kenapa? 

Ok.. di sini saya ceritakan tentang apa yang berlaku dalam perkhidmatan seharian di sebuah hospital daerah di Sabah. Kes yang saya ceritakan ini adalah mengenai proses yang anda harus alami semasa mendapatkan rawatan di situ untuk kes-kes yang memerlukan pesakit berjumpa doktor. Untuk mendaftar anda harus ambil nombor giliran dan untuk pendaftaran ini diproses kadangkala anda kena menunggu sampai tengah hari. Ini baru mendaftar, untuk berjumpa doktor kena menunggu beberapa jam lagi. Jadi urusan berjumpa dengan doktor di situ kena tunggu sampai satu hari.

Di mana silapnya? Kena kes yang teruk dan pekerja hospital masih mengamalkan sikap yang sama, hujung-hujung nyawa sempat melayang.

Sebenarnya masalah ini berpunca daripada sikap kerani di kaunter pendaftaran yang "kurang asam". Kenapa saya cakap dia kurang asam? Kerana dia tidak konsisten dalam kerjanya.. kadangkala ada orang yang tak payah ambil nobor giliran dan terus proses jumpa doktor sedangkan ada orang yang sudah lama menunggu giliran macam tunggul sahaja menunggu. kalau gitu tak payahlah ambil nombor giliran lagi..siapa cepat dia duluan jumpa doktor la..

Lagi satu masalah ialah sikap doktor yang merawat pesakit yang datang berjumpa sesuka hatinya. Bagi doktor ini tak perlu fikir tentang masalah orang lain yang kadangkala mahu cepat juga kerana masih ada urusan lain.. Yala.. Kalau lambat-lambatpun bukan pandai kurang gajinya...tetap itu juga. Tapi kalau klinik swasta laju je rawatannya kerana mau kejar tu duit.. Kalau sikit pesakit maka sikitlah duit masuk.. Betul tak..

Aku benci menghabiskan masa dengan menunggu macam tunggul di hospital.. Ini semua kerana sikap tidak profesional sesetengah kakitangan di sana...

Ini semua jarang berlaku di hospital/klinik swasta kerana mereka ada target mereka sendiri dalam melakukan rawatan kepada pesakit iaitu "BISNES"  dan merawat pesakit adalah nombor 2..




Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih.
 
Bookmark and Share
Share

2 comments:

No name said...

agak bersetuju dengan apa yg tertaip nie.. mungkin dorang ingat kita tak payaH bayar punca dorang buat kerja smbil lewa.. if hspital swasta.. setiap detik adalah berbayar.. dan costumer adalah boss.. have too trick nicely.. kalu tak customer never turn back...

iddinm said...

costumer jugalah yang selalu mengalah dalam hal ini kan Lizzie

Entri-Entri terkini