CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Monday, August 30, 2010

Kalau dah bos...Bos tetap bos..

Kalau dah bos dia tetap bos.. 

Biarlah apa yang dia cakap berkaitan dengan kerja tidak betul tetapi kadang-kadang kita terpaksa buat juga apa yang disuruhnya. Walaupun hati tak berapa suka kerana kita tahu benda yang kita buat tu salah tetapi kita terpaksa memendamkannya di dalam hati.

Kadang anda rasa meluat dengan bos sebegini tapi bos tetap bos...dan anda kuli tetap kuli. Jika anda boleh jadi bos maka mungkin anda juga akan berkelakuan seperti 'bos' dan selalu menganggap bahawa bos tetap bos. Macam-macam benda yang cuba ditegakkan walaupun kenyataannya ianya salah.

Hitam kata bos hitamlah dan putih kata bos juga putihlah ia. Kalau kuli yang kata maka ianya boleh menjadi warna yang lain. Jadi hijau ke...macam incredible hulk. begitulah bos.

Dalam dunia bospun masih ada bos segala bos. Bila bapa bos mengamuk habislah bos-bos yang lain. Bos-bos kecil ini pun tak boleh berbuat apa-apa. Apa yang mereka dapat lakukan ialah mendengar dan cuba membuat sesuatu mengikut arahan bapa bos itu.


Ada juga bos yang menyuruh kita melakukan sesuatu yang mustahil yang kalau dia sendiri lakukan belum tentu bos itu boleh lakukan tetapi diakan bos, jadi bagi sajalah arahan.. kalau bawahan tidak boleh laksanakan tugas, sekurang-kurangnya ada sesuatu yang mereka telah usahakan dalam melaksanakan arahan yang diberikan.

Biarpun bos itu kurang hesem tetapi ia tetap bos dan arahannya adalah arahan seorang bos. Awas kalau bos sudah marah, nanti anda semua macam kena telan hidup-hidup tau. Kiranya anda cuba juga melawan kalau 'power' anda tidak cukup kuat maka habislah...hidup-hidup kena lanyak.. penyek-penyek macam kuih yang kena pijak.

Bukan sahaja manusia yang ada bos, binatang juga mempunyai bos yang tidak kurang hebatnya.. Dalam dunia binatang kuasa bos hanya ditunjukkan beberapa kali iaitu semasa berebutkan kawasan tempat tinggal, sewaktu berebut teman wanita, dan sewaktu berebutkan makanan. Bos yang besar, kuat dan senior selalu akan menguasai pertikaian di sini.

Walaupun manusia tidak boleh disamakan dengan binatang ( walaupun Darwin kata manusia juga binatang) tetapi kuasa bos memang ada di mana-mana dan bawahan harus menghormati kekuasaan ini kerana padahnya jika anda melawan kuasa bos.

Akhirnya walaupun bos tu bangang, b---h, tidak hensem, buaya darat, perangai macam setan, kurang asam, tak cukup tinggi dan sebagainya tetapi bos tetap bos..



Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih.

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini