Salam merdeka,
Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 53 hari ini iaitu 31 Ogos 2010. Kita tentunya sebagai rakyat Malaysia sudah pasti berbangga dengan keadaan aman, damai dan harmoni yang selama ini wujud di negara kita yang tercinta ini. Di sana-sini semuanya sibuk dengan acara menyambut temahsya yang gilang-gemilang atau sekurang-kurangnya sibuk dengan rancangan percutian yang anda rancangkan di mana-mana tempat percutian di Malaysia.
Pun begitu dalam kesibukan menyambut ulangtahun kemerdekaan ini ada pula golongan yang menyambutnya dengan cara yang membahayakan diri sendiri. Anda tentu selalu melihat konvoi-konvoi motorsikal anak-anak remaja yang mengambil kesempatan ini untuk berkonvoi ke satu tempat pada hari merdeka ini. Yalah "KONVOI MERDEKA" la katakan. Yang mereka lupa ialah keselamatan diri mereka yang langsung tidak terjaga semasa berkonvoi.
Bagaimana pula? Keselamatan utama jika anda berkonvoi ke mana-mana ialah anda lengkap dengan alat keselamatan diri seperti helmet dan sebagainya. Jika anda ingin melalui jalan utama, pihak polis mesti di minta untuk mengiringi konvoi anda. Sebab itulah pasukan yang ingin membuat konvoi ini mesti berdaftar agar senang meminta bantuan polis untuk mengiringi sewaktu melakukan konvoi. Ini penting dalam memastikan lalulintas berada dalam keadaan selamat.
Ada anak muda yang terlalu excited sampai lupa keselamatan diri.. Sudahlah belum ada lesen, pandai pula bawa motorsikal pergi konvoi.. kalau tiada lesen bonceng di belakang orang sajalah agar tiada masalah dalam perjalanan nanti.
Baru tadi aku sempat melihat 5 orang remaja di bawa oleh polis traffik ke balai polis kerana berbagai-bagai kesalahan lalu lintas antaranya tiada lesen, tiada road-tax dan lain-lain lagi kesalahan. Lagi teruk budak yang aku lihat tadi ialah remaja Indonesia yang sudah pastinya tidak punya apa-apa pengenalan diri yang sah yang di bawa bersama.
Jadi jangan terlalu excited semasa menyambut ulangtahun kemerdekaan ini sehinggakan berlaku sesuatu yang tidak baik ke atas anda. Jangan pula perayaan akhirnya bertukar menjadi kesedihan ataupun sekurang-kurangnya anda menyambut kemerdekaan dalam lokap kerana kesalahan yang dilakukan semasa menyambut ulangtahun kemerdekaan ini.
Akhirnya selamat menyambut ULANGTAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA yang ke-53.
Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih.
Share