CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Wednesday, November 3, 2010

Pilihanraya kecil...Jujur atau tidak pemimpin berkhidmat kepada masyarakat??

Pilihanraya kecil merupakan satu berita yang sangat hangat di negara kita sekarang ini dengan 2 tempat mengadakan pilihanraya secara serentak apabila wakil kedua-dua kawasan telah meninggal dunia. DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi akan mengadakan pilihanraya pada 4 November ini iaitu hari khamis.

Bila menyentuh tentang pilihanraya kecil ini maka kita akan dapat lihat pemimpin dari dalam dan luar kawasan tak kira dari parti pemerintah atau pembangkang akan datang berpusu-pusu memberikan sokongan kepada calon masing-masing. Di sinilah pelbagai janji pembangunan dan bantuan ditabur di mana janji ini adalah janji politik.

Pernahkah anda perhatikan kawasan anda sebelum adanya pilihanraya kecil seperti ini?  Pernahkah anda kira berapa kali wakil pilihan anda dulu datang melawat tempat anda dan bertanyakan khabar? Saya percaya boleh dikira dengan jari pemimpin yang telah melakukan kerja seperti ini. Mereka mungkin akan datang jika ada musibah seperti banjir atau kebakaran yang berlaku di tempat anda. Itupun kerana pada waktu itu pihak akhbar ada datang membuat liputan. Oleh itu kedatangan hanya untuk memelihara atau menjaga reputasi mereka sahaja.

Janji dalam pilihanraya ini memang tiada tujuan lain selain dari hanya memancing undi. Siapa yang pandai menabur janji akan mendapat sokongan lebih. Yang hanya membawakan isu lapuk sukar untuk mendapat sokongan apatah lagi kenyataan mereka sudah pastinya akan dibidas oleh pihak parti lawan.

Pemimpin yang dulu tidak pernah datang ke tempat anda akan datang pada masa pilihanraya kecil ini..mungkin atas arahan big-bos... Mungkin langsung tiada keikhlsan langsung.

Walau apapun keadaannya, pilihan terletak di tangan anda sendiri dalam membuat pilihan tentang siapa wakil yang anda mahukan. Adakah wakil yang anda pilih itu memang boleh membantu dalam memajukan kawasan anda? Hanya anda yang tahu dalam membuat pilihan yang terbaik. Buruk baiknya pilihan anda akan anda tanggung sendiri apabila calon pilihan anda terpilih menjadi wakil rakyat nanti..




Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih.
Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini