CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Friday, December 31, 2010

Kenapa mesti benci awek Khairul Fahmi Che mat , Elia..??

Dalam kesibukan rakyat Malaysia merayakan kejayaan merangkul piala AFF Suzuki baru-baru ini macam-macam cerita yang timbul di sebalik kemenangan itu. Tidak kurang pula yang menceritakan tentang kisah pemain-pemain yang membawa kemenangan itu sendiri..

Yang paling hangat ialah blog elia yang juga awek KFCM.. Bila dia cuba menulis tentang hubungannya dengan KFCM ramai yang mengunjungi blog tersebut. Dia ceritakan kisah bagaimana permulaan hubungan mereka.. Ada yang membantah dan ada juga yang menyokong. Kata mereka yang membantah "pemain bolasepak mana ada masa depan" tapi kata Elia kalau cinta tu memerlukan pengorbanan dan kesetiaan. Tulisan-tulisannya membuatkan dia jadi glamer sekelip mata. Follower page di Facebook juga meningkat dengan mendadak melebihi 40,000. Blognya sendiri sudah lebih 5115 dari 1600 beberapa hari yang lalu..lihat[blog elia] follower ini adalah kesan dari berita yang  Elia tulis mengenai dirinya dan KFCM.

 Elia bersama  Khairul Fahmi [Gambar dari blog Elia]

Tindakan Elia menulis berita semacam itu seakan-akan menumpang populariti dan minta puji. Bagaimanapun pada pendapat saya itu blog dia dan dia boleh tulis apa saja asalkan tidak menulis yang buruk-buruk berkaitan anda. Kalau dia menulis 1000 kali pun pasal KFCM itu dia punya hal dan kita janganlah marah-marah..  Ini aku tengok ada member-member yang seakan-akan meluat dengan tulisan elia [klik sini] dan menulis komen mereka dalam blog mereka. Tapi tak pe juga kerana itu hak mereka juga cuma pada pendapat saya kes macam ni kurang eloklah kalau memburuk-burukkan orang lain.

Semua keadaan ini terpulanglah kepada masing-masing.. Jangan mencari musuh tapi carilah seberapa ramai kawan biarpun hanya di internet...



Sudah baca tu komen2 lah untuk perkongsian kita semua... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini