Coretan aku kali ini ialah untuk berkongsi apa yang mesti anda lakukan jika kereta anda mengalami kemalangan dan yang mesti anda lakukan bila kereta anda sedang dalam pembaikan di sesebuah workshop.
Sebaik sahaja kereta anda terlibat dengan kemalangan perkara pertama yang mesti anda lakukan setelah memastikan semua selamat ialah membuat laporan polis. Ini menjadi rujukan kepada semua tuntutan insuran dalam pembaikan nanti. Sudah semestinya sebelum itu kereta anda mesti anda insuran "first party" supaya kereta anda sentiasa berada dalam lindungan insuran. Selepas membuat laporan polis, anda boleh menghantar kereta anda ke workshop pilihan anda tetapi pastikan workshop itu adalah panel insurans kereta anda misalnya jika insuran kereta anda ialah MAA, pastikan workshop itu adalah panel MAA. Ini untuk memudahkan tuntutan insuran di buat.
Untuk membolehkan tuntutan insuran di buat, anda mesti mengemukakan surat laporan polis bersama salinan insuran dan kad kereta anda kepada workshop tersebut disamping mengisi mana-mana borang yang diperlukan.
Jika ada bahagian badan kereta yang perlu di potong, kelulusan JPJ diperlukan dan selepas sudah siap ianya memerlukan pemeriksaan puspakom.. Kad asal kereta diperlukan untuk bahagian ini..
Jika ada bahagian badan kereta yang perlu di potong, kelulusan JPJ diperlukan dan selepas sudah siap ianya memerlukan pemeriksaan puspakom.. Kad asal kereta diperlukan untuk bahagian ini..
Ini adalah perkara yang tidak kurang penting juga.. Sebelum anda meninggalkan kereta anda di workshop, pastikan anda mengambil dan membawa pulang semua barang-barang peribadi anda di kereta. Selain daripada itu pastikan anda bawa pulang semua tool (spanar), tayar spare, dan apa-apa aksesori yang lain.. Radio atau cassete player juga mesti di bawa pulang kerana tidak semua pekerja di workshop atau mekaniknya itu jujur. Ada yang gatal tangan hendak melakukan sesuatu perkara yang tidak baik. Manalah tau dia pinjam dan tak kasi pulang terus..
Satu lagi perkara penting ialah anda mesti mengeluarkan bateri kereta dan membawanya pulang. Workshop tidak akan selalu menghidupkan kereta anda dan jika kereta anda berada di workshop dalam satu jangka waktu yang lama % untuk bateri kereta anda rosak amat tinggi. Jadi anda kena keluarkan kos untuk bateri baru dalam rm150-rm250 nanti untuk bateri baru.. banyak tu. kalau anda bawa pulang bateri anda, boleh juga anda hantar untuk dicas dalam 2 minggu sekali..
Kalau dapat, bawalah kawan anda yang berkebolehan untuk melihat-lihat kereta..Majoriti workshop yang pernah saya pergi akan mengambil sedikit part kereta anda atau kereta orang lain untuk di pasang ke kereta yang lain.. Kejadian seperti ini telah saya pernah saksikan sendiri.. Misalnya lampu reverse di belakang tidak menyala... Rupanya mekanik di situ telah mengambil suis lampu reverse kereta saya dan di pasang di tempat lain.. Bila saya tanya, dorang ambil lagi dari kereta lain dan pasang di kereta saya dan minta bayaran "harga kawan-kawan".. Tak kah naya orang yang terkena tu??
Apabila kereta anda telah siap, jangan sign dulu borang pengambilan selagi anda belum periksa kereta anda. Bawa orang yang tahu mengenai kereta dan periksa apa yang ditukar. Setelah puas hati barulah turunkan tandatangan dan anda harus tahu yang warranty diberikan kepada pembaikan ini..
Seperkara lagi ialah pemasangan aksesori tidak dalam jaminan perlindungan insuran. Kerosakan terhadap aksesori kenalah anda tanggung sendiri jika ingin membaikinya.. jangan pula bergaduh dengan pihak workshop mengenai hal ini.. Pemasangan aksesori memang akan membuatkan kereta kita kelihatan cantik tetapi akan memeningkan kepala jika berlaku kemalangan..
Harap dapat membantu teman-teman..
Sudah baca tu komen2 lah untuk perkongsian kita semua... Terima kasih.
Share