CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Wednesday, September 21, 2011

Ada PATI yang jadi majikan..

Berita buruk untuk rakyat Malaysia terutamanya negeri Sabah.. 
 

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan terdapat pendatang asing tanpa izin (PATI) yang mendaftar dalam Program 6P baru-baru ini, bekerja sendiri malah sesetengahnya telah menjadi majikan di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, walaupun senario tersebut telah dikesan lama berlaku, namun ia sukar ditangani disebabkan pelbagai faktor.
Antaranya, kata beliau, ia berpunca daripada isu salah guna pas dan permit kerja serta pemalsuan dokumen dan identiti warga asing.
“Hasil risikan dan pemantauan Jabatan Imigresen melalui Program 6P mendapati, terdapat PATI yang bekerja sendiri, malah sesetengahnya telah menjadi majikan.
“Agensi penguat kuasa sukar untuk mengambil tindakan terhadap mereka apabila mereka berselindung di sebalik permit kerja sama ada yang sah atau dipalsukan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.


Ini amat mendukacitakan untuk rakyat negara ini. bagaimana PATI ini boleh dengan sewenang-wenangnya boleh melakukan perusahaan di sini dengan bebas dan menjadi majikan pula tu? Adakah disebabkan oleh sikap tak berapa tegas oleh pihak kerajaan atau alasan-alasan lain... Sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku di negara seperti Malaysia. Pihak kerajaan mesti melakukan sesuatu agar perkara ini tidak berterusan dan dapat meyakinkan kembali kepercayaan rakyat terhadap pemimpin yang ada dalam BN sekarang. Kalau tidak, PRU akan datang tidak mustahil rakyat akan mengalihkan perhatian kepada pihak yang mereka yakini boleh melindungi mereka dari hal sebegini..  


Utusan Malaysia Online - Berita Utama



Sudah baca tu rajin-rajinlah komen... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini