CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Tuesday, September 13, 2011

Tambahan 6% untuk setiap pembelian pek dan top up pra bayar untuk semua rangkaian..


Pengumuman tambahan 6% cukai kerajaan ke atas setiap pembelian pek pra bayar dan reload yang akan di tanggung oleh pembeli baru-baru mendapat reaksi yang kurang baik dari orang awam. Akibat kenaikan itu akan dirasai oleh kira-kira 27 juta pengguna telefon prabayar di seluruh Malaysia.

Persoalannya adakah tindakan pembekal produk telekomunikasi wajar sedangkan mereka mendapat keuntungan yang sangat tinggi setiap bulan. Boleh dikatakan tidak ada satu pun syarikat telefon berkenaan yang rugi dalam bisnes mereka terutama dalam bisnes reload.

Apa sebenarnya yang tersirat dalam pengumuman mengenai kenaikan tersebut? Seperti biasa bila ada pengumuman yang seumpamanya maka beberapa orang tokoh kerajaan akan membincangkan hal tersebut dan akhirnya seperti kes prabayar ini mereka menjadi hero dan akan mendapat daripada kejadian ini.

Rakyat akan menyanjung mereka kerana berjaya menahan perkara ini daripada terjadi. Bukan menidakkan apa yang telah mereka lakukan dan ini satu kebaikan kepada rakyat juga tetapi alangkah bagusnya sekiranya tidak ada yang tersirat disebalik semua kejadian ini. Alangkah bagusnya jika kejadian ini tiada kaitan dengan kepentingan pihak tertentu.

Jika semua bendapun boleh dijadikan bahan untuk kepentingan sendiri jika perkara ini dalam kawalan mereka maka itu sesuatu yang amat merugikan kerana semua rakyat cuba dimanupulasi melalui situasi tertentu. Akhirnya yang menanggung akibat adalah orang awam dan mereka tidak akan merasai apa-apa kerana bagi mereka perubahan dalam kes prabayar 6% ini tidak melibatkan mereka. Duit kerajaan atau lebih tepat duit rakyat yang mereka gunakan untuk menanggung semua ini untuk mereka. Jalan mereka, makan mereka dan sebagainya semua menggunakan duit rakyat.

Maka dengan itu wajarlah mereka berjuang untuk membela rakyat agar tidak terbeban dengan lagi satu beban yang akan menambahkan lagi beban sedia ada yang telahpun sudah berat. Jika ditambah lagi maka rakyat juga yang akan menderita.

Apapun terima kasih kepada pemimpin kerajaan sekarang kerana masih ada sedikit perasaan untuk rakyat dalam kes ini.



Sudah baca tu rajin-rajinlah komen... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini