CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Thursday, August 2, 2012

Ikan lampan jawa sungai @ ikan putih

Pernah melihat banyak ikan menyangkut di pukat?

Rezeki musim hujan lebat. Sekitar kg Gana Jati dan Rumidi, Terusan, Beluran terdapat satu sungai yang dinamakan sungai mati kerana ianya adalah bekas aliran lama sungai ke-2 terpanjang di Sabah iaitu sungai Labuk. Aliran sungai Labuk kini melalui jalan baru meninggalkan tasik ladam yang dipanggil sungai Mati.

Sungai Mati ini penting kerana ia dapat membekalkan berbagai-bagai ikan seperti ikan putih, ikan kaloi, ikan ubi, ikan haruan dan macam-macam lagi. Sesiapa yang rajin memasang pukat di sini pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong.

Biasanya saiz mata pukat yang digunakan adalah 1.5 inci hingga 4 inci. Penangkap ikan di sini selalunya hanya menangkap ikan untuk keluarga dan rakan-rakan mereka dan jarang ada yang menjualnya. Jika dijual pun hanya ikan yang bernilai agak baik di pasaran seperti ikan kaloi (boleh mencecah ratusan ringgit - mengikut saiz) seekor dan juga ikan ubi -rm15 sekilo (orang cina suka makan -kononnya sebagai ubat) . Yang lainnya akan di makan dan juga dibuat ikan kering.

Lihat saja gambarnya... memang banyak ikan yang terjerat dipukat..





Share

Entri-Entri terkini