CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label Kes Bunuh Datuk Sosilawati. Show all posts
Showing posts with label Kes Bunuh Datuk Sosilawati. Show all posts

Wednesday, October 6, 2010

Lagi perkembangan Kes bunuh Datuk Sosilawati...

Kertas siasatan kes bunuh Sosilawati hampir siap

5th October, 2010
 
KUALA LUMPUR: Kertas siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dijangka siap tidak lama lagi, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.
Beliau berkata polis masih lagi berbincang dengan unit khas yang mengendalikan kes itu bagi melengkapkan dan mengemaskini siasatan seperti yang diminta oleh Jabatan Peguam Negara.
“Ada lagi perkara yang perlu disiasat. Dijangka (kertas siasatan) siap dalam tempoh terdekat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini kelmarin.
Mohd Bakri berkata kertas siasatan itu berkemungkinan dihantar bersama keputusan ujian DNA.
“Kami belum memperoleh sepenuhnya keputusan ujian dan masih menunggu perincian dari Jabatan Kimia. Kita tidak mahu bagi tekanan kepada Jabatan Kimia, pakar patologi dan mereka yang terlibat, jadi kita akan tunggu perincian sepenuhnya dari mereka dahulu,” katanya.
Mohd Bakri turut meminta orang ramai terutama media supaya bersabar menunggu siasatan polis dan tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
Polis telah menghantar kertas siasatan kes itu kepada Jabatan Peguam Negara pada 21 Sept lepas tetapi dikembalikan semula keesokan harinya untuk dilengkapkan.
Sosilawati 47, bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor, untuk urusan pembelian tanah.
Polis kemudian mengesahkan keempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting.
Hasil siasatan, Unit Forensik Polis menemui beberapa objek termasuk serpihan tulang dan sampel rambut dipercayai milik mangsa-mangsa. Bahan bukti kes pembunuhan itu diserahkan ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.
Sehingga ini, polis menahan lapan suspek, termasuk dua peguam adik beradik, bagi membantu siasatan.
Tiga daripada mereka ditahan reman sehingga 7 Okt dan lima yang lain sehingga 8 Okt bagi membantu siasatan.
Siasatan turut merangkumi satu lagi kes pemubuhan melibatkan hartawan warga India A. Muthuraja yang dilaporkan hilang selepas tiba di negara ini pada 18 Jan lepas.


Sumber:
Sabahtimes

Kita juga berharap agar kes ini dapat diselesaikan dengan segera.


Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Thursday, September 23, 2010

Lagi perkembangan Kes bunuh Datuk Sosilawati...suspek akan diambil ujian sampel darah dan air mani..

Pembunuhan kejam Sosilawati: 8 suspek jalani ujian sperma 

2010/09/23

Polis menyiasat kemungkinan Sosilawati juga dirogol

KUALA LUMPUR: Lapan suspek lelaki yang disyaki terbabit dalam pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan kes kehilangan ahli perniagaan India, termasuk dua beradik peguam diambil sampel darah dan air mani bagi ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.

Difahamkan, sampel air mani diambil bagi menyiasat maklumat baru kemungkinan salah seorang mangsa turut dirogol. Dalam pada itu, Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes pembunuhan berkenaan kepada polis kerana berpendapat siasatan lanjut perlu dijalankan. Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah, berkata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sudah memberi beberapa arahan baru untuk disiasat polis.

Peguam Negara juga meminta polis menyiasat lanjut kes-kes lain yang mempunyai kaitan dengan suspek yang ditangkap (berhubung pembunuhan Sosilawati dan tiga rakannya).

Polis menyerahkan kertas siasatan mereka kepada Jabatan Peguam Negara pada 21 September lalu, dan Peguam Negara mendapati ada banyak lagi perlu dibuat siasatan lanjut. Kertas siasatan itu dikembalikan kepada polis pada hari sama, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Putrajaya, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan sudah menerima kembali kertas siasatan awal itu daripada Jabatan Peguam Negara dan menyifatkannya sebagai prosedur biasa bagi memperkukuhkan siasatan kes.
Sementara itu, difahamkan pengambilan sampel semua suspek itu adalah yang kedua selepas kali pertama, minggu lalu berikutan ada penemuan beberapa petunjuk baru dalam siasatan kes berkenaan.

Sumber memberitahu Berita Harian, proses itu sebahagian daripada prosedur standard operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM), khusus untuk memperlengkapkan kertas siasatan kes berkenaan bagi tujuan pendakwaan di mahkamah.

Polis menemui beberapa bukti dan maklumat baru sepanjang proses siasatan, di mana penemuan itu memerlukan pengambilan sampel darah dan air mani suspek. Ini bertujuan melengkapkan kertas siasatan seperti diarahkan Peguam Negara, katanya.

Kelapan-lapan suspek lelaki terbabit, iaitu enam berkaitan kes pembunuhan Sosilawati dan dua lagi berhubung kehilangan ahli perniagaan India, Muthuraja Allal Kanthan tiba di Jabatan Patologi HKL kira-kira jam 3 petang, menaiki empat kenderaan berasingan dengan kawalan ketat pasukan khas yang mengendalikan kes itu.

Proses ini berlangsung selama dua jam sebelum suspek dihantar semula ke Pusat Tahanan Sementara di Bukit Jalil kira-kira jam 5 petang, katanya.

Sosilawati, 47, yang juga pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages, dibunuh kejam bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38, di sebuah ladang persendirian di Morib, Banting pada 30 Ogos lalu.

Semua mangsa dilaporkan diikat, dipukul dan ditikam sampai mati sebelum mayat dibakar serta abu mereka dibuang ke beberapa sungai berhampiran.

Berikutan itu, polis menahan lapan suspek berusia 19 hingga 41 tahun, termasuk dua wanita bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Turut ditahan dua suspek lelaki berusia 30 dan 34 tahun berhubung siasatan kes kehilangan saudagar batu permata, Muthuraja, 34, dari Chennai, India pada 18 Januari lalu, yang dipercayai turut mempunyai kaitan dengan kes Sosilawati..

sumber:
Beritaharian 

p/s
Apa yang kita harapkan ialah agar pesalah-pesalah yang sebenar dapat dihukum dengan seadil-adilnya..


Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Tuesday, September 21, 2010

Kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain. Pembunuh takkan terlepas walaupun bukti DNA dihapuskan..

SHAH ALAM Walaupun licik menghapuskan bukti asid deoksiribonukleik (DNA), suspek yang terlibat dalam pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain tetap tidak akan terlepas.

Bekas Ketua Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Amidon Anan, berkata siasatan di tempat kejadian (Crime Scene Investigation) melalui kaedah sains forensik akan menjadi petunjuk kepada pakar forensik untuk mengenal pasti bahan bukti. Jangan ingat tiada bahan bukti biarpun mangsa dibunuh, dibakar dan abunya dibuang ke sungai, penjenayah boleh terlepas. Pasti ada bukti yang akan ditinggalkan, katanya, semalam.

Katanya, apa jua cara penjenayah menghapuskan bukti melalui teknik tanam, bakar, diletupkan atau dibuang ke sungai, dalam tahap tertentu, bukti jenayah tersebut pasti timbul. Menurut Amidon, setiap dua permukaan yang bertemu akan meninggalkan kesan biarpun penjenayah menggunakan sarung tangan dan alatan untuk tidak meninggalkan kesan. Dalam kes pembunuhan di Banting ini, suspek memang bijak dalam melupuskan bahan bukti dengan membunuh, kemudian bakar dan membuang ke sungai.

Ini menyebabkan sampel gigi yang biasanya menjadi sumber utama DNA turut musnah. Namun begitu, pakar forensik mempunyai banyak kaedah lain untuk mencari bukti DNA ini, katanya. Beliau berlata, keunikan DNA yang menjadi identiti biologi setiap individu yang berbeza membolehkan pihak berkuasa mengenal pasti suspek dengan mudah, sekali gus mempercepatkan penyelesaian siasatan sesuatu kes jenayah.

Ia boleh diperoleh melalui pelbagai cara antaranya cap jari, titisan peluh, air mani, rambut dan sebagainya. Penghapusan bukti secara total tidak semudah yang disangka, katanya. Merujuk kepada kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain, Amidon menyifatkannya sebagai jenayah terancang yang sangat kejam seperti mana kes pembunuhan penganalisis Teknologi Maklumat, Canny Ong dan warga Mongolia, Altantuya Shaariibu. Katanya, dengan melibatkan individu berprofil tinggi dan minat masyarakat untuk mengetahui perkembangan terkini berhubung penyiasatan kes tersebut, pakar forensik perlu teliti dalam mengenal pasti DNA empat mangsa.

Pastinya sukar kerana mangsa telah dibakar dan abunya dibuang di sungai berhampiran, namun tulang-tulang mangsa boleh memberi petunjuk kepada pakar forensik mengenal pasti mangsa, katanya.

sumber:
beritaharian online

p/s:
Kita mengharapkan agar kes ini dapat diselesaikan dengan cepat dan pesalah dapat dihukum dengan seadilnya.


Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini