CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label bulan Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label bulan Ramadhan. Show all posts

Friday, August 12, 2011

Apabila si "Bujang" berpuasa

Apabila bulan Ramadhan tiba semua orang pasti akan terbayang pasal puasa. Sebut ja Ramadhan maka puasa akan terbayang di ingatan.

Bagaimana si Bujang berpuasa? Pastinya jika bujang maka persediaan berpuasa tidaklah selancar persediaan berpuasa yang sudah berumahtangga. Ini terutamanya sewaktu bersahur awal pagi.

Jika si Bujang tinggal berhampiran dengan pekan atau bandar maka tidaklah menjadi masalah dengan hanya perlu membeli makanan bersahur ataupun berbuka. Yang penting beli dan hanya di panaskan sebelum makan pada sahur nanti.

Bagaimana dengan si Bujang yang tinggal di kawasan yang tidak terdapat tempat membeli makanan seperti itu? Alamatnya mungkin si Bujang tidak bersahur lah atau kalau ya pun makan mee maggi ja. Lebih teruk kalau tidak berpuasa.

Apapun tidak semua Bujang malas memasak malah ada yang masak lebih sedap dari perempuan. Ada juga yang berusaha bersungguh memasak semasa bulan puasa ini.

Akhirnya selamat berpuasa...


Sudah baca tu rajin-rajinlah komen... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Monday, September 6, 2010

MISTERI PLANET NIBIRU & RAMADHAN 2012? Kenyataan atau Khayalan?





Aku terbaca satu artikel di FB yang aku rasa baik untuk kita kongsi bersama. Pentafsiran terhadap artikel ini adalah terpulang pada masing-masing. Bukan untuk menakut-nakutkan tetapi peringatan yang perlu kita ambil yang lebih penting.
Cuba lihat kalendar di bawah untuk tahun 2012... 1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20July hari Jumaat,jadi 3 August 2012 bersamaan 15 Ramadan jatuh juga hari Jumaat.Sama dengan hadis Nabi pasal huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadan iaitu hari Jumaat 15 Ramadan di bumi ini yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika ada beritahu pada 21-12-2012 planet NIBIRU akan menghentam bumi)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja Maha Mengetahui.. .......... .... cuba kita tengok Hadis Nabi di bawah ini dan kenyataan pasal Kalendar Islam 2012


Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".




Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Tuesday, August 10, 2010

Cabaran Berpuasa.... selamat menjalankan ibadat puasa bagi tahun ini...

Salam,
Dalam satu atau dua hari lagi umat Islam akan mula berpuasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan. Bulan yang penuh rahmat ini kembali lagi setelah setahun berlalu meninggalkan kita. Syukur kepada tuhan kerana dengan keizinannya kita masih diberika peluang untuk kembali menunaikan salah satu rukun Islam ini.

Pun begitu tidak semua umat Islam menyambut bulan Ramadhan ini dengan kesyukuran. Tidak perlu pergi jauh, cuba anda lihat dan perhatikan orang-orang atau kawan-kawan di sekeliling anda.. Percakapan yang paling biasa kita dengar ialah.."Alah..aku nda tau la, tahan ke tidak puasa ni..aku ada gastrik ba".. Gastrik merupakan salah satu alasan utama untuk orang tidak mahu berpuasa. Kalaulah anda gastrik.. kenapa jam 8 pagi sudah makan-makan? Sudahlah tu makan di depan orang lain yang berpuasa lagi tu..

Tidak kurang juga yang mengambil ringan tentang tuntutan ibadat berpuasa ini.. Ada yang secara terang-terangan tidak mahu berpuasa.. Sahur tidak mau bangun dan langsung tidak berpuasa. Alasannya cuma satu.."aku tidak tahan puasa, aku tidak tahan kalau tidak makan".

harus diingat bukan semua orang dapat menjalankan ibadah puasa dengan kerja yang ringan (maksudnya bagi yang berkerja di ofis). Bagi aku sendiri yang berkerja di ladang kelapa sawit, aku dapat menyaksikan kepayahan pekerja dari Indonesia yang berkerja di ladang kelapa sawit ini dalam menjalankan ibadah puasa. Bagi penuai kelapa sawit, amat sukar untuk mereka berkerja dalam keadaan berpuasa..dan kalau tidak kerja maka siapa yang memberi mereka makan? Bukan mudah untuk mengangkut buah keluar dari dalam ladang ke jalan-jalan raya dalam keadaan berpuasa. So mereka tiada pilihan selain memilih untuk berkerja dengan tidak berpuasa.

Cabaran untuk pegawai ladang pula ialah melihat pekerja di sekeliling anda tidak berpuasa sedangkan anda berpuasa.. Cuma kesabaran yang membolehkan kita semua menjalankan ibadat ini dengan lebih baik dan sempurna..

Akhirnya lakukanlah ibadat ini dengan ikhlas dan penuh tawaduu' semoga kita semua beroleh ganjaran dari Allah SWT.

Oleh itu saya ucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan Islam yang lain semoga puasa kalian diterima oleh Allah.


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini