CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Tuesday, March 23, 2010

AKU ANAK NEGARA MALAYSIA YANG BERUNTUNG..

Aku memang anak Malaysia yang beruntung.
Kenapa saya mengatakan sedemikian?

Ada beberapa sebab saya mengatakan yang sedemikian:

1) Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan damai. Jarang berlaku kekacauan yang melampau. Bebas dalam kehidupan seharian. Ada negara yang sentiasa dalam peperangan dan rusuhan kaum. Tapi di Malaysia semua itu tidak berlaku setakat ini

2) Kemudahan yang disediakan oleh kerajaan memang banyak dan kita dapat menikmatinya jika saya bandingkan dengan beberapa negara luar yang tiada keadaan seperti itu. Kemudahan-kemudahan asas seperti bekalan air paip dan elektrik banyak disediakan walaupun belum 100% setakat ini. Kita juga mendapat kebebasan dalam memilih pendidikan yang ingin di pelajari dan sebagainya

3) Bebas dalam amalan beragama asalkan tidak menggangu agama yang diamalkan oleh agama lain. Ada negara yang tidak mengamalkan dasar ini dimana rakyat yang ingin menjalankan ibadah pun terpaksa bersembunyi-sembunyi agar tidak di ambil tindakan oleh kerajaan mereka

4) Rakyat boleh hidup dalam suasana aman dan harmoni tanpa rasa bimbang di negara sendiri. Di Malaysia kita boleh berjalan-jalan tanpa rasa bimbang tentang keselamatan kita. Pelancong pun mengakui hakikat ini. Buat masa ini beluma ada kejadian di mana pelancong asing diculik di negara Malaysia. Kalau di negara lain kejadian penculikan berlaku setiap hari.

Sebenarnya masih ada sebab lain mengapa kita harus berbangga sebagai anak Malaysia. Biarpun ada sedikit pergeseran politik di negara ini tapi ia tidak menjadi halangan untuk kita merasai nikmat menjadi rakyat Malaysia
Share

Entri-Entri terkini