Biarpun ketika ini (23hb March 2010) yang mana musim langsat telah sampai ke penghujung tapi ianya masih boleh di dapati di pasar Ranau dan juga gerai-gerai menjual buah di tepi jalan. Harganya agak meningkat sedikit tapi boleh dikira masih agak murah berbanding buah-buahan lain.
Kalau musim dah berlalu, kita terpaksa menunggu musim yang akan datang untuk kembali merasai buah yang enak ini.