Walau di mana juga kita berada utamakan keselamatan kerana malang tidak berbau. Jika kita alpa sedikit maka apa-apa pun boleh berlaku. Inilah yang berlaku kepada kawan saya yang menurutnya tertidur semasa memandu kereta ketika ingin pulang ke tempat kerja dari kampungnya. Oleh kerana tertidur, van yang dipandunya telah melanggar sebatang pokok kelapa sawit secara berdepan. Kejadian berlaku pada waktu malam dan mujurlah beliau hanya cedera ringan.
Seluruh bahagian kaki penumpang terlekat. Jika ada penumpang pasti kakinya akan mengalami kecederaan teruk. Share