CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Monday, March 29, 2010

Perkara yang anda MESTI tahu mengenai insuran.. Tanpa disedari anda secara halus tertipu oleh BANK..

Ada perkara yang anda mesti tahu tentang insuran??

Saya ingin berkongsi perkara sebenar yang saya sendiri lalui..

Kisah ini bermula dengan pembelian sebuah apartment oleh arwah ayah saya di Kota Kinabalu kira-kira 8 tahun yang lalu semasa dia masih hidup. Pembelian rumah itu yang mana penamanya adalah ayah saya, memenuhi semua syarat termasuklah menginsurankan rumah tersebut atas namanya. 

Meringkaskan cerita kira-kira tiga tahun yang lalu ayah saya meninggal dunia dan kami menguruskan pembayaran rumah itu dengan menggunakan insuran tersebut..


Apa yang saya tidak tahu dan seharusnya anda tahu ialah tidak semua pihak bank akan menunjukkan bagaimana cara terbaik untuk menyelesaikan perkara ini. Ada bank yang akan mengeksploitasikan keadaan terutamanya yang kurang pengetahuan tentang urusan bank.


Sewaktu saya pergi ke bank tersebut, pegawainya hanya berkata...
'Selepas ditolak semua bakinya kira-kira rm1500. Pihak insuran akan membayar ansuran bulanan rumah ini'. Dan saya pun tanpa banyak soalan mengharapkan pembayaran itu berlaku. Memang pihak insuran ada membuat bayaran dan ini yang mengalpakan saya.


Saya kemudian mengarahkan bank berurusan dengan pihak insuran untuk melunaskan sekaligus hutang rumah tersebut dan baki yang tinggal ialah rm1500. Yang mengejutkan saya ialah tanpa saya sedari baki rm1500 itu dalam masa 2 tahun lebih telah menjadi rm6000. Kenapa? sedangkan wang ansuran dari pihak insuran bulan-bulan masuk.. 

Adakah kerana saya lambat bayar rm1500 itu dan kemudian berbunga menjadi rm6000 lebih? Jawapannya ya.. Untuk pengetahuan saudara saya tidak tau dimana datangnya begitu banyak faedah pinjaman tersebut. Hanya 2 tahun lebih menjadi lebih 4 kali ganda??


Alkisahnya pihak bank memberitahu saya 'Kalau kamu bayar sekaligus dulu tentu faedahnya tidaklah sampai macam ini'. Saya terkejut.. kenapa ada faedah tambahan sedangkan ansuran bulanan dibayar oleh pihak insuran atau hanya dari rm1500 faedahnya rm4500?


Dan keluarlah macam-macam cerita akaun yang saya sendiripun tidak faham. Cuma yang saya faham ialah:


PIHAK BANK DAN INSURAN MUNGKIN BERMAUFAKAT UNTUK MENUNTUT BALIK WANG INSURAN YANG TELAH DIBAYAR SECARA HALUS DAN TIDAK MENYALAHI SYARAT. INI KERANA PIHAK MACAM SAYA SENDIRI (MUNGKIN JUGA SAMA DENGAN SAUDARA) TIDAK TAHU KAEDAH BISNES MEREKA INI. YANG SAYA MAHU KONGSI IALAH JIKA PERKARA SEUMPAMA INI TERJADI KE ATAS SAUDARA, SURUH INSURAN BAYAR SEKALIGUS INSURANNYA. KALAU ADA LEBIH CARI WANG UNTUK BAYAR. JANGAN MENGALAMI NASIB MACAM SAYA YANG TERPAKSA MENAMBAH RM5000 KERANA PIHAK MEREKA SENGAJA TIDAK MEMBERITAHU IMPLIKASINYA DAN SAYA KURANG PENGETAHUAN..


Sekian yang saya boleh kongsi agar memberi manafaat kepada kita semua..


Insya Allah. Share

Entri-Entri terkini