Kambing biri-biri biasanya berbulu keriting dan panjang dan ciri yang paling utama adalah ia berwarna putih. Tapi anak kambing biri-biri ini lain dari yang lain. Ianya berwarna belang hitam dan putih. Anak kambing biri-biri ini terpaksa diberi minum susu sendiri oleh pemiliknya menggunakan botol susu bayi kerana semasa kecil lagi ibunya telah mati. Sekarang anak kambing ini telah mula meragut rumput untuk makanan sendiri biarpun masih memerlukan susu sebagai makanan tambahan.
Yang menariknya ialah awal pagi lagi anak kambing biri-biri ini mengembek minta disusukan dan tidak akan berhenti sehingga selepas diberikan minum susu. Begitu juga pada waktu petang. Anak biri-biri ini akan berjalan keliling rumah untuk minta perhatian. Siapa sahaja yang keluar dari pintu akan dikejar olehnya untuk meminta sesuatu. Jika diberikan air sejuk, anak biri-biri ini akan menolaknya dan hanya akan meminum susu contohnya Dumex.
Lihat air susu yang terhambur di muka dan kepala anak kambing biri-biri ini. Gelojoh betul..
Share