Pernahkah anda dengar tentang burung walit? Burung walit ialah sejenis burung layang-layang yang berhijrah dari Indonesia ke Malaysia.. bukan burung itu yang berharga tetapi sarangnya.. Ikuti catatan kajian di bawah yang saya ambil dari beberapa sumber;
Sarang Burung Walit ( Edible Bird Nest )
Sarang burung walit juga mendapat jolokan nama ” Emas Putih”. Apa Itu Sarang Burung?
Dihasilkan oleh 2 spesis swiftlet, iaitu
i) White-nest Swiftlet (Aerodramus fuciphagus)
ii) Black-nest Swiftlet (Aerodramus maximus)
Fakta-Fakta Industri Sarang Burung
Secara fizikal, sarang burung boleh dikategori kepada dua jenis, iaitu Sarang Burung Gua dan Sarang Burung Rumah.
Para pengguna sarang burung berasal dari Hong Kong, China, Taiwan, Singapore, USA, Malaysia & lain-lain masyarakat Cina di dunia sejumlah 1.5 billion. Berasaskan Asia Bird’s Nest Conference 2005, Hong Kong sahaja telah mengimport 204,000 kg sarang burung pada tahun 2004, dengan jumlah nilai RM 1,000,000,000.00
Harga sarang burung mentah berada di antara RM 1,000 – RM 6,000.00 per kilogram. Ianya bergantung kepada qualiti dan permintaan pasaran sarang burung sedunia.
Bagaimana Konsep Business Ini Akan Meningkat Status Sosial Ekonomi Kampung? Secara fizikal, sarang burung boleh dikategori kepada dua jenis, iaitu Sarang Burung Gua dan Sarang Burung Rumah.
Para pengguna sarang burung berasal dari Hong Kong, China, Taiwan, Singapore, USA, Malaysia & lain-lain masyarakat Cina di dunia sejumlah 1.5 billion. Berasaskan Asia Bird’s Nest Conference 2005, Hong Kong sahaja telah mengimport 204,000 kg sarang burung pada tahun 2004, dengan jumlah nilai RM 1,000,000,000.00. Harga sarang burung mentah berada di antara RM 1,000 – RM 6,000.00 per kilogram. Ianya bergantung kepada qualiti dan permintaan pasaran sarang burung sedunia.
Industri Bio-Teknologi?
Sarang burung mungkin merupakan produk tempatan kedua yang mempunyai nilai-nilai perubatan. Universiti Sains Malaysia sedang menjalankan penyelidikan untuk kaedah penyimpanan sarang burung yang paling sesuai. Lebih penyelidikan bio-teknologi akan dimulakan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan sarang burung.
Nilai Perubatan Tradisional Masyarakat Cina
Dari segi kepentingan nilai perubatan tradisi Cina, sarang burung berada di tahap kedua selain ginseng. Masyarakat Cina percaya, sarang burung adalah pemangkin pertumbuhan sel dan kulit. Penggunaan sarang burung secara jangka panjang akan mencantikkan permukaan kulit. Sarang burung juga memberi manfaat kepada golongan tua dan lemah untuk mengukuhkan daya ketahanan mereka terhadap penyakit.
Lee Ngan Woon (1999), Bird Nest Recipes.
Berdasarkan kitab perubatan Cina yang terpenting, Compendium of Materia Medica, terbukti sarang burung berfungsi untuk kesihatan paru-paru,buah pinggang, perut dan ginjal.
Kandungan Kimia Sarang Burung
• 9% moisture
• 20% inorganic ash
• 32.3% protein (Glycoprotein & 17 types amino acids)
• 38.7% carbohydrate (sialic acid, hexosamines, hexoses, deoxyexose).
(Sumber daripada Dr. Lim Chan Koon (2002), Swiftlets of Borneo.

Kebaikan Sarang Burung Walit
Kajian perubatan Cina di Beijing mendapati sarang burung Walet merupakan agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asma, ia juga dikatakan merupakan agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. Hasil daripada berbagai macam eksperimen dan penelitian menunjukkan bahawa sarang burung bermanfaat sebagai:
• Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung Walit dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.
• Sarang burung walit dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga merupakan nutrisi bagi paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.
• Pengambilan sarang burung wallet semasa kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepat proses penyembuhan setelah melahirkan.
• Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.
• Untuk orang tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang, serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.
• Untuk kanak-kanak, sarang burung walit dapat membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan, dan memperkuatkan paru-paru.
• Merupakan makanan yang amat baik kepada para perokok, serta dapat mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin untuk mencegah serangan barah (cancer).

Industri burung walit yang bermula dengan penghijrahan spesies burung itu dari Indonesia kira-kira 10 tahun lepas, semakin rancak berkembang dengan kira-kira 50,000 premis burung walit dibina di seluruh negara.
Sarang burung itu yang belum diproses berharga antara RM3,000 dan RM4,000 sekilogram manakala sarang burung yang diproses mampu mencecah RM12,000 sekilogram.
Pasaran utama komoditi itu ialah China, Taiwan, Hong Kong dan Singapura.
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Share