Aku mencoretkan catatan ini bukan untuk memperkecilkan kerjaya cikgu kerana tanpa cikgu siapalah aku dan juga ramai saudara mara aku juga seorang cikgu tetapi hanya untuk menulis keadaan sekarang yang mungkin ada kebenarannya..
Kerjaya sebagai seorang cikgu atau guru amat penting dalam membina bangsa yang berpendidikan dan mempunyai masa depan. Ia memerlukan satu pengorbanan untuk menjadi seorang guru yang berjaya dalam bidangnya.
Kenyataannya sekarang ialah kerjaya guru ini umpama tempat untuk bersandar atau bergantung jika gagal mencari pekerjaan? setakat mana kebenarannya..? Ok ini hanya pendapat aku (Maaf kepada cikgu2 kalau kata2 aku ini menyinggung perasaan korang)..Bila seseorang sukar untuk mendapat pekerjaan atau mendapat cabaran besar dalam pekerjaannya, selagi masih muda maka kebanyakan mereka akan lari 'apply' KPLI dan menjadi guru? Ini adalah trend anak muda sekarang yang aku perhatikan di Sabah dan tidak mustahil kejadian seumpama juga berlaku di Semenanjung malaysia.
Dahulu aku ada 4 orang kawan yang berkerja di plantation selepas graduate dari universiti. Kami sama-sama berkerja dan setahu saya kami semua langsung tiada asas dalam bidang perguruan atau mengajar. Lagipun kursus yang kami ambil sewaktu di Universiti dulu tidak sesuai untuk kerjaya sebagai guru..
Tekanan kerja di plantation semakin meningkat apatah lagi PA (plantation Advisor) kami seorang yang cerewet.. Kawan2 aku ini tidak mengambil pilihan lain selain mencari pekerjaan lain di luar kerana tidak menahan tekanan kerja. Kenapa mereka semua akhirnya menjadi seorang guru? Kerana "Kerjaya guru tempat yang paling senang masuk dan tidak memerlukan pengalaman cuma kena masuk maktab/universiti untuk latihan". Aku sendiri ada dapat offer untuk jadi guru dulu tapi tidak minat kerana aku pernah menjadi guru sandaran sebelum ini dan aku rasa aku tidak sesuai untuk mengajar..
Kalau anda seorang 'graduate' dan masih belum mendapat kerja atau susah mendapat kerja maka baguslah anda 'apply' masuk maktab.. insya Allah anda akan berjaya..
Dalam pada itu aku tetap mengagumi para guru yang tak jemu2 mangajar walaupun ada juga sebahagian guru yang nyata menyeleweng dari tugas..Pernahkah anda jumpa pelajar tingkatan 1 yang membaca pun tidak lancar??? Bagaimana perkara seumpama ini boleh berlaku? Salah murid yang memang b_ _ _ h atau guru yang ada masalah??
6 tahun belajarpun langsung tidak pandai membacakah?? Aku sendiri pernah mengajar matematik tingkatan 4...Macamana aku mengajar silibus aku jika ada pelajar yang basic +,-,/ ,x pun tidak tahu???
Heyy...heyy...heyy.. Aku sendiri jadi keliru dengan sistem pendidikan negara kita.. Tapi tidak tahu juga kerana ramai juga pelajar yang jadi bijak pandai...
Aku tambah confuse?? Jangan-jangan guru-guru yang ada masalah ni...Entahlah..Hanya kita dan cikgu atau guru2 yang tahu...
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Share
5 comments:
6 tahun belajarpun langsung tidak pandai membacakah?? Aku sendiri pernah mengajar matematik tingkatan 4...Macamana aku mengajar silibus aku jika ada pelajar yang basic +,-,/ ,x pun tidak tahu???
................................
jadi kalau dah tau budak tu tak pandai + - / x kenapa awk tak ajar dorang? Awk kan dibayar upah utk mengajar kasi budak pandai?
Mak_ngoh_selamah
Dari gaya awak bercakap saya fahami anda langsung tidak tahu apa kerja tu guru.. Kalau tak tahu saya kasi faham la..
Benda yang awak komen tu 2 benda yang berbeza..
1)yg tak tahu membaca
2)yg tak tahu asas kira-kira
mak ngoh pernah sekolah kah?
Kalau belajar ABC dan +,-,/,x budak2 biasanya belajar di sekolah rendah bukan tingkatan 4..
Pernah mak-Ngoh dengar pelajar belajar ABC di tingkatan 4...
Mak_Ngoh_Selamah belajar di sekolah mana ni>>
Harap mak-ngoh tak ambil ati...
bunyi macam seorang guru yang kecewa je hehe
jangan jadikan kerja guru ni sebagai pilihan kerjaya yang terakhir..
banyak jugak jumpa macam tu
Syaf..
Aku sebenarnya bukan seorang guru..
cuma aku nampak ada sesuatu yang tidak kena bila perkara mca ni berlaku...
Kesian anak2 semua...
Apa JawatanKosongKerjaKosong.com tawarkan?
Terlalu banyak websites menyebarkan jawatan kosong, kerja kosong, jawatan kerajaan. Tetapi kebanyakkannya sudah lapuk dan tidak terkini. Ataupun anda terlambat untuk melihat iklan tersebut dan terlepas peluang.
Jangan sia siakan potensi diri anda untuk mendapatkan pekerjaan terbaik. Daftarkan diri anda dengan JawatanKosongKerjaKosong.com. Kami akan menghantar iklan kekosongan pekerjaan dengan segera kepada anda. Update secepat mungkin kepada anda.
Daftar Sekarang
Post a Comment