CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Tuesday, June 8, 2010

KISAH YANG BOLEH KITA JADIKAN RENUNGAN...

Kali ini aku ingin coretkan satu kisah yangt boleh kita semua jadikan pedoman dalam kehidupan seharian kita. Kisah ini adalah mengisahkan seorang tukang kasut yang amat berhemat dalam penggunaan barang-barang keperluan seharian.. Tapi tukang kasut itu bukan Sabarudin yang terkenal tu tau.. :-)

Aku panggil ja la tukang kasut itu sebagai Sabarudin sempena nama beliau.. Kononnya Sabarudin ini amat berhemat dalam menggunakan barang keperluan seharian di mana beliau akan memakai barang-barang kepunyaannya sehingga tidak boleh dipakai lagi. Kasut beliau sudah berusia 15 tahun sehingga semua orang telah kenal dengan kasut kepunyaannya itu. Samada beliau pakai atau tidak pun semua akan tahu yang kasut itu memang kepunyaannya.

Pada satu hari terdetik dalam hati Sabarudin yang kasutnya telah cukup lama dan beliau ingin menggantikannya dengan yang baru. Beliau pun membeli kasut yang baru dan membuang kasutnya yang lama itu. Pada keesokan paginya beliau terperanjat kerana kasut yang telah dibuangnya ada di depan pintu rumahnya.. Beliau mengambil kasut itu sekali lagi dan membuangnya.. Perkara yang sama berulang di mana pada keesokannya kasut itu kembali ke rumahnya lagi..Beliau tertanya-tanya kenapa perkara itu berulang?

Rupa-rupanya oleh kerana semua orang tahu bahawa kasut itu adalah kepunyaannya maka mereka mengembalikan kasut tersebut ke rumah beliau.. bukan itu saja bahkan anjing yang berkeliaran di situ juga akan membawa balik kasut tersebut ke rumah beliau..

Begitulah kisahnya Sabarudin..Moralnya di sini ialah janganlah terlalu kedekut dalam membelanjakan wang untuk membeli barang keperluan.. Janganlah sampai orang melihat kita sampai ke arah  seperti cerita itu..


 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

4 comments:

Artzlizan said...

ok gak camtu kan...takde org curi kasut lagi

iddinm said...

k juga :-)

Unknown said...

ya ampun...

sampai 15 tahun saifuddin guna kasut tu...

tu yg pulangkan kasut beliau

disebalik moral yg lain selain iddin tulis kan...

bagi sis....

sukar nak ubah tanggapan orang lain...bila barang itu hak milik mutlak kita....

(okey tak?)

iddinm said...

Betul tu sis.. kalau kita pakai sesuatu itu terlalu lama maka ia akan sinonim dengan kita..so nampak barang tu orang akan ingat kita

Entri-Entri terkini