CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Thursday, June 3, 2010

PM kata kadar jenayah telah menurun hasil inisiatif NKRA? Betulkah???

PM kelmarin umumkan yang indeks jenayah turun hasil inisiatif NKRA. Cerita pengumumannya ada di link di bawah:


Persoalannya betulkah apa yang dikatakan oleh PM itu.. Saya percaya kalau dikira dari hasil laporan prestasi jawapannya 100% betul. Peratusan jenayah yang tertangguh atau belum selesai menurun... Waaahh.. yang ini yang saya paling kagum? Tahniah 100% kepada mereka..

Tapi ada kemusykilan yang terfikir dalam kepala aku ni... Baru-baru juga PM mengumumkan yang penjawat awam akan dinilai KPI nya dan itulah dasar dalam kenaikan gaji dan pangkat. Pihak polis misalnya mungkin dinilai dari peratusan kes yang selesai berbanding aduan..

Oleh itu kalau jabatan polis mahu KPI nya tinggi maka hanya catat aduan-aduan yang dikatogerikan sebagai kes besar.. yang remeh-temeh punya kes kalau orang buat aduan hanya tulis di kertas putih dan tidak payah tulis di buku aduan..

Banyak kes seperti ini yang berlaku.. Kita buat aduan tapi bila kita minta salinan aduan....macamana pula aduan itu tiada..

BUKANKAH ITU SATU KEMUSYKILAN? 

Patutlah kadar jenayah menurun kan...Benar atau tidak hanya mereka yang tahu...

Orang yang selalu ke balai untuk buat aduan saya ingat tahu akan hal ini.. Keyakinan saya terhadap pasukan polis semakin merosot akibat kejadian ini..

Tapi biarpun begitu saya masih menaruh harapan agar pihak polis mesra,cepat dan betul kepada kerja. Janganlah jadi pasukan harapan yang cuba mengelak tugas, SELALU KATA HAUS BILA ORANG RAMAI BUAT ADUAN dan selalu tidak jujur terhadap negara...

 
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini