Kerana tokek dan pokook aku sudah mendengar beberapa orang yang menyatakan penyesalan yang tidak sudah? Kenapa dan apakah yang membuatkan mereka merasa menyesal? Tentunya kerana sesuatu telah berlaku kepada mereka yang ada kaitan dengan tokek dan pokook..Setakat mana kebenaran cerita tidaklah dapat dipastikan 100% cuma ini adalah khabar-khabar dari mulut ke mulut yang sedang diperkatakan.
Orang pertama yang saya dengar ialah kisah empat orang budak sekolah menengah di Nangoh Sabah yang secara tak sengaja menjumpai seekor tokek yang dikatakan seberat 400 gram ++. Seorang pembeli telah membeli tokek berkenaan dengan harga hanya rm8000 dan budak-budak itu sangat gembira dengan wang yang sedemikian... Tetapi bila mereka mendengar yang harga tokek yang demikian berat adalah ratusan ribu mereka amat menyesal kerana telah menjual tokek mereka dengan harga yang amat rendah.. tetapi tiada apa yang dilakukan kerana semuanya telah terlambat..
Orang kedua yang saya dengar adalah kisah seorang pemilik tokek yang seberat 280gram di Telupid. Beliau telah memelihara tokeknya itu selama sebulan... Yang menjadi masalahnya ialah anaknya dikatakan telah mencucuk-cucuk tokeknya itu dengan kayu dan akhirnya tokek itu telah mati.. Beliau mengeluh kerana telah kerugian kira-kira rm60,000.
Kisah ketiga ialah kisah di mana seorang pemilik pokook hijau yang seberat 280gram. Pembeli dikatakan enggan membelinya kerana berat tidak sampai 300 gram. Jadi oleh kerana beliau merasakan tiada lagi peluang untuk menjual pokooknya itu maka beliau telah melepaskan pokooknya ke dalam hutan. Bila mendapat tahu yang pokooknya dengan mudah mencapai berat 300gram jika betul cara pemeliharaannya dan boleh dijual pada harga rm30000, beliau amat menyesal....
Begitulah kisah penyesalan beberapa orang berkaitan dengan tokek dan pokook.. Harga yang tinggi menyebabkan pokook dan tokek menjadi semakin sukar dicari. Bagaimanapun khabarnya tokek besar masih banyak terdapat di Indonesia dan Filipina... tetapi penangkapannya tetap sukar..
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Share