KUALA LUMPUR 22 Julai -
Setelah bercerai dengan Sultan Brunei pada bulan lepas sehingga kini tiada berita yang didengar tentangnya.. Ada cerita yang mengatakan Azrinaz berada di London dan ada juga yang mengatakan yang beliau telah pulang ke kampungnya di Shah Alam..
Walaubagaimanapun di mana Azrinaz atau nama sebenarnya Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar berada masih menjadi teka-teki.. rakan-rakannya juga gagal mengesan di mana beliau berada..
Berita tentang penceraian Azrinaz ini masih menjadi bualan hangat terutama penduduk Brunei walaupun sudah berlalu kira-kira sebulan..
Kemungkinan Azrinaz sebenarnya masih berada di Brunei untuk bersama-sama dengan kedua-dua anaknya Pengiran Muda 'Abdul Wakeel, 4, dan puterinya, Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 2.
Photo dari www.murai.com
Menurut rakan baiknya yang pernah bertugas bersama di TV3 satu ketika dahulu, Azrinaz masih menetap di Brunei.
Dia yang enggan namanya didedahkan memberitahu Azrinaz tidak mahu meninggalkan Brunei kerana mahu terus bersama dengan dua anaknya.
Azrinaz masih menetap di dalam istana sehingga tamat tempoh edah. Sekiranya baginda Sultan tidak rujuk maka Azrinaz akan membuat keputusan di mana dia akan menetap kemudian..
Perkhawinan mereka ini memang satu berita yang menjadi carian utama di internet dulu.. Sultan Brunei, 63, diijabkabulkan dengan Azrinaz, 31, pada 20 Ogos 2005 dalam satu majlis tertutup di ibu kota di mana majlis itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.
Pasangan itu bercerai talak satu pada bulan lepas.
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Share
4 comments:
sultan brunei pakai buang.. tak apa lah janji dpt sekejap gelaran sultanah kan..
Mungkin jodoh dah habis...
ibu bapa berpisah
anak2 yg jd mangsa
kesian...
Yalah kakngah...kesian anak2 mereka
Post a Comment