CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Wednesday, July 21, 2010

Budak sekolah berpelukan di tempat awam tanpa hiraukan orang lain....

Seringkali kita dihidangkan dengan pelbagai masalah kerosakan akhlak dan moral remaja kita masa kini terutama yang masih bersekolah.. Dimanakah silapnya dan setakat mana tindakan yang telah kita semua ambil... Bila kita melihat kepada permasalahan ini maka jika ianya tidak dibendung dari permulaan maka masalah yang akan dihadapi akan menjadi lebih besar.. seringkali terjadi di mana pelajar sekolah ada yang mengandung tanpa nikah dan tidak kurang juga yang diberitakan membuang anak.. Ramai juga pelajar yang terlibat dengan gejala penggunaan najis dadah dan seangkatan dengannya..

 


Remaja ini kalau dibiarkan mereka akan melakukan apa saja yang mereka suka tanpa memikirkan akibatnya tanpa segan silu.. tengok saja gambar di atas, mereka berpelukan di jalan raya tanpa rasa malu.. Jadi gambar mereka diambil dari atas kereta saja...

Apa dalam fikiran mereka sebenarnya? Adakah asyik memikirkan yang 'shiok-shiok' dan indah-indah sahaja? Aku rasa mereka yang berbuat seperti ini tidak kisah langsung dengan masa depan mereka.. Yang mereka tahu ialah asal seronok...

Tapi kita tidak boleh juga menyalahkan remaja ini 100%.. Bagi yang pernah melalui zaman remaja, aku rasa mereka akan tahu bagaimana keadaannya semasa remaja itu... Asyik mahu memberontak saja dan tidak mahu diberi nasihat..Jika diberikan nasihat oleh ibu bapa mereka maka mereka akan kata yang ibu bapa mereka benci mereka dan tidak sayang akan mereka atau ibu bapa mereka pilih kasih... Mereka tidak faham akan bagaimana kehidupan masa depan.. Mereka tidak faham bagaimana perasaan bila menjadi ibu bapa suatu hari nanti dan memiliki anak sendiri.. Mereka juga tidak faham bagaimana hendak menyara keluarga jika tidak ada kerja yang bagus nanti sebab ketika ini masih makan free.. semua keperluan akan diusahakan oleh ibu bapa..

Kalaulah mereka tahu itu semua maka tentu disiplin mereka akan berubah...segala-galanya akan berubah menjadi baik dan kurang masalah kerosakan akhlak di kalangan remaja... Cuma yang perlu difikirkan ialah bagaimana untuk menyampaikan mesej tersebut kepada mereka... Jika usaha diteruskan maka harapan untuk berjaya tetap ada dan tidak mustahil satu hari nanti disiplin remaja kita akan menjadi lebih baik...

 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

3 comments:

www.dunialandax.com said...

em~dunia remaja~

AishaDIYanything said...

masa zaman aisha sekolah tak berapa nampak sangat gejala mcm nie.... mungkin pengaruh perubahan zaman dan teknologi yang semakin canggih...lagi canggig teknolosi lg canggih la akhlak manusia... sehingga tak ter kata apa... heehehe

iddinm said...

Yang penting kita semua terutama kerajaan dan ibu bapa memainkan peranaan masing2

Entri-Entri terkini