JAKARTA 23 Julai -
Jika Ariel dan Luna memang terlibat dengan video lucah peterporn, kenapa mereka tidak mahu mengaku setakat ini..Peguam yang mewakili Cut Tari, Hotman Paris Hutapea menyatakan bahawa halangan utama yang membuatkan mereka mengaku ialah desakan dari pengeluar-pengeluar produk yang menaja mereka. Bila sahaja Ariel dan Luna mengaku segala tajaan dari pihak pengiklan yang menggunakan khidmat mereka bukan sahaja akan mendenda mereka tetapi akan menarik balik segala tajaan yang telah diberikan..
Dalam satu pertemuan dengan pemberita, Hotman menganggap tindakan Ariel dan Luna untuk terus mengunci mulut sebahagian besarnya disebabkan tekanan perniagaan produk-produk yang memaparkan dua selebriti itu dalam iklan mereka.
"Saya diberitahu ia berkaitan bisnes," katanya.
Bila sahaja mereka mengaku yang terlibat dalam skandal itu maka mereka akan kehilangan segalanya..
Ketika ditanya tentang keterbukaan anak guamnya, Cut Tari yang mengaku terlibat dalam kes itu, Hotman berkata ia satu tindakan murni yang wajar dicontohi. - Agensi
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Share
1 comment:
Salam.
Huhu. tak habis2 lagi ke diorg tu. macam2 ah. ish
Post a Comment