Salam,
Kali ini aku mau share dengan korang apa motorsikal paling mahal pernah terjual di dunia.. Tentu best kalau ada motorsikal ini sebiji ke.. Boleh bergaya jalan-jalan di tengah kota raya.. Pasti menjadi tumpuan mata di mana-mana..Apa tidak, kita punya motorsikal yang besar dan paling mahal? Tapi yang tak bestnya tak kira berapa besar motorsikal kita tetap kena air hujan bila hujan turun. Pun begitu tetap best untuk bergaya...
3 motorsikal termahal ini sangat mahal dan kalau anda bercadang mahu memilikinya baik anda mula menyimpan dari sekarang. Setiap satunya berharga melebihi $100,000.
MV Agusta F4 1100 CC
Yang paling murah di antara ketiga-tiganya ialah MV Agusta F4 1100 CC. Ia berkuasa tinggi dan boleh mencapai kelajuan maksimum 315 km/h (195 mph). Selain daripada itu rekabentuknya juga menarik dengan harga $135,000. Huii..mahalnya..
MV Agusta F4 1100 CC
MTT Turbine Superbike
Yang kedua mahal ialah MTT Turbine Superbike. Anda perlukan $185,000 untuk dapatkan sebuah. Ia berenjin Rolls-Royce turbine yang dicipta untuk mengangkat helikopter. Enjin ini memberikannya 300+ hp untuk memperolehi kelajuan maksimum 365 km/h (227 mph).
MTT Turbine Superbike
Menurut Guinness Wolrd Records, motorsikal MTT Turbine Superbike ialah motorsikal yang paling berkuasa pernah dicipta dan Ia lebih berkuasa dari Ducati Desmosedici RR yang dipercayai paling berkuasa sebelum ini..
Dodge Tomahawk
Motorsikal Dodge Tomahawk ialah motorsikal yang paling mahal setakat ini. Pengeluarannya dihadkan kepada hanya 10 buah dan setiap satunya berharga $550,000. The Dodge Tomahawk berbangga dengan kelajuan terpantas motorsikal setakat ini dengan 675 km/h atau 419 mph tetapi dilakukan pada jalanraya yang lurus..
Dodge Tomahawk
Begitulah kehebatan 3 motorsikal yang paling mahal di dunia..
sumber:
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Share