Pengajian jarak jauh atau pendidikan jarak jauh atau lebih singkat PJJ dilahirkan untuk memberikan kesempatan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk meningkatkan tahap pencapaian mereka dalam akademik. Ramai graduan yang telah terhasil dari pelbagai institusi pengajian tinggi hasil daripada program ini. Namun begitu setakat mana sebenarnya kualiti yang mereka capai hasil dari program ini?
Saya rasa kebanyakan orang yang mengikuti program PJJ ini ialah orang yang memang berniat untuk mencapai kejayaan dan akan berusaha dengan gigih demi mencapai cita-cita tersebut namun secara amnya pada pendapat saya program PJJ ini tidak mementingkan kualiti berbanding pencapaian. Kenapa saya katakan sedemikian?
Cuba anda fikirkan kalau anda mengambil Pengajian sepenuh masa. Anda akan mengikuti kelas teori dan praktikal sepenuh masa dengan masa yang teratur. Sudah pasti penumpuan akan lebih di sini. Jika diambil dengan PJJ, kelas hujung minggu sahaja dan masa kuliah dihabiskan secara tergopoh-gapah.. pagi sampai malam mesti habiskan masa kelas satu minggu itu. Jadi benarkah perkara seperti ini boleh menghasilkan orang yang benar-benar mahir dalam bidang yang mereka ikuti? Atau sekada ingin dapat sekeping ijazah untuk menambahkan gaji dan sistem pendidikan negara kita kasi saja kelulusan itu?
Seperkara lagi ialah pelajar PJJ ini rata-rata orang yang sudah berkerja. Ada yang jadi guru, ada yang jadi pegawai dan sebagainya. Masa kerja mereka sudah membelengu jadual harian dan kesibukan mereka. Jadi jika ada assignment yang diberikan bagaimana? Adakah mereka benar-benar mampu menyiapkannya..?
Jangan terperanjat jika saya katakan yang ramai di antara mereka ini "menggaji" orang lain membuat assignment mereka. satu paper dalam seratus atau dua ratus.. apalah sangat asalkan orang itu menyiapkan assignment untuk dia. Jadi lulus juga akhirnya..Ada orang yang mengambil sambilan buat assignment terutama assignment yang tidak perlu buat field work iaitu dengan hanya mencari data yang sesuai boleh menyiapkan sebanyak 10 paper sebulan.. Fuyoo..senang-senang dapat rm2000-rm3000 sebulan. Kerja ini sesuai untuk cikgu yang masih bujang kerana mereka memang ada masa untuk buat research..
Kes ini sama dengan menduduki SPM tapi orang lain yang menduduki peperiksaan untuk dia. Senangnyakan untuk score dalam peperiksaan seperti ini..
Oklah.. saya tidak menyalahkan sepenuhnya orang yang ambil PJJ ini kerana itu hak dia dan dia buat apa pun terpulang sama dia kerana dia pun mahu lulus juga.. kalau lulus nanti itu adalah kebaikan untuk dia juga.. Boleh naik gaji dan pangkat.. Peduli apa dengan sistem!! biarlah Kemenetrian Pendidikan Malaysia sibuk dengan pemansuhan UPSR dan PMR.. tak payah peduli pasal ini.. Timbalan Perdana menteri malaysia pun tidak sibuk-sibuk pasal hal ini so...aku rasa ianya patut diteruskan...
Share
2 comments:
Teringat zaman susah payah study kat U dulu..Nice friend..visit mine if u free ekh ;D
memang susah waktu sekolah dulu2 kan
Post a Comment