CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Saturday, July 17, 2010

Si Sotong Kurita Ajaib "Paul" akan tinggal terus di Jerman walaupun keselamatan terancam..

Jerman tolak pindah 'Paul'


2010/07/17

BERLIN: Kuasa psikik sotong 'Paul', tidak diperlukan bagi meramalkan nasibnya sendiri, kerana akuariumnya di Jerman semalam menolak tawaran Sepanyol agar ia dipindahkan ke negara Sepanyol... Paul menjadi salah satu selibriti paling diminati semasa perlawanan piala dunia di Afrika Selatan.Ramalannya tentang siapa yang akan menang dalam perlawanan yang sentiasa mengena pada piala dunia baru-baru ini menjadikan segala pilihannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak seluruh dunia..

Perdana Menteri Sepanyol, Jose Luis Rodriguez Zapatero menawarkan untuk menghantar satu pasukan keselamatan bagi menjaga sotong berusia dua setengah tahun itu daripada rakyat Jerman yang marah dan tidak senang setelah Jerman dikalahkan oleh Sepanyol. Keadaan bertambah buruk apabila Paul sekali lagi meramalkan yang sepanyol akan menang piala dunia dan ini menambahkan lagi kemarahan peminat Jerman yang sudah sedia marah dengannya.. 

Paul dikehendaki bagi memeriahkan pesta makanan laut di O Caraballino sebuah bandar di Sepanyol yang hanya mempunyai 14,000 orang penduduk. – AP

kesian si 'Paul" ye..selepas khidmatnya di pakai pada  piala dunia, sekarang dia menjadi kemarahan kepada rakyat negara itu sendiri selepas Jerman kalah pada perlawanan separuh akhir kepada sepanyol.. Sepatutnya pasukan Jerman mengambil ramalan Paul sebagai satu cabaran dalam mengatasi kekuatan pasukan Sepanyol..Ini tidak..asyik menyalahkan si paul pula tu...






Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.

Bookmark and Share
Share

3 comments:

Anonymous said...

kakakaa
tak habis2 lg kisah si sotong nie...

iddinm said...

Biasalah kalau dah jadi artis..hehe

Usdas said...

Sorry masa itu, tak semua rakyat Jerman marah pada si sotong, dan pasukan Jerman pun tak pernah marah pada si sotong, yang marah hanya pendukung pasukan yang gila lah, dan tidak hanya pendukung pasukan Jerman sahaja yang marah pada si sotong tapi pendukung Argentina dan UK pun marah, sorry baru boleh tulis comment pun kerana baru jumpa blog anda. :)

Entri-Entri terkini