CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Tuesday, August 10, 2010

Cabaran Berpuasa.... selamat menjalankan ibadat puasa bagi tahun ini...

Salam,
Dalam satu atau dua hari lagi umat Islam akan mula berpuasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan. Bulan yang penuh rahmat ini kembali lagi setelah setahun berlalu meninggalkan kita. Syukur kepada tuhan kerana dengan keizinannya kita masih diberika peluang untuk kembali menunaikan salah satu rukun Islam ini.

Pun begitu tidak semua umat Islam menyambut bulan Ramadhan ini dengan kesyukuran. Tidak perlu pergi jauh, cuba anda lihat dan perhatikan orang-orang atau kawan-kawan di sekeliling anda.. Percakapan yang paling biasa kita dengar ialah.."Alah..aku nda tau la, tahan ke tidak puasa ni..aku ada gastrik ba".. Gastrik merupakan salah satu alasan utama untuk orang tidak mahu berpuasa. Kalaulah anda gastrik.. kenapa jam 8 pagi sudah makan-makan? Sudahlah tu makan di depan orang lain yang berpuasa lagi tu..

Tidak kurang juga yang mengambil ringan tentang tuntutan ibadat berpuasa ini.. Ada yang secara terang-terangan tidak mahu berpuasa.. Sahur tidak mau bangun dan langsung tidak berpuasa. Alasannya cuma satu.."aku tidak tahan puasa, aku tidak tahan kalau tidak makan".

harus diingat bukan semua orang dapat menjalankan ibadah puasa dengan kerja yang ringan (maksudnya bagi yang berkerja di ofis). Bagi aku sendiri yang berkerja di ladang kelapa sawit, aku dapat menyaksikan kepayahan pekerja dari Indonesia yang berkerja di ladang kelapa sawit ini dalam menjalankan ibadah puasa. Bagi penuai kelapa sawit, amat sukar untuk mereka berkerja dalam keadaan berpuasa..dan kalau tidak kerja maka siapa yang memberi mereka makan? Bukan mudah untuk mengangkut buah keluar dari dalam ladang ke jalan-jalan raya dalam keadaan berpuasa. So mereka tiada pilihan selain memilih untuk berkerja dengan tidak berpuasa.

Cabaran untuk pegawai ladang pula ialah melihat pekerja di sekeliling anda tidak berpuasa sedangkan anda berpuasa.. Cuma kesabaran yang membolehkan kita semua menjalankan ibadat ini dengan lebih baik dan sempurna..

Akhirnya lakukanlah ibadat ini dengan ikhlas dan penuh tawaduu' semoga kita semua beroleh ganjaran dari Allah SWT.

Oleh itu saya ucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan Islam yang lain semoga puasa kalian diterima oleh Allah.


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

2 comments:

Hariz said...

Marhaban..Marhaban...Ya Ramadhan...
Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dapat menambahkan barakah dalam hidup kita
dan menjadi ramadhan yang terbaik dalam hidup
InsyaAllah
AHLAN wa sahlan ya Ramadan! Ramadhan Karim

New Entry Prof-Hariz
Video Lafaz Niat Puasa dan Berbuka Puasa

iddinm said...

Insya Allah...semoga semua amalan kita diterima oleh Allah

Entri-Entri terkini