CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Thursday, August 12, 2010

Kes Datuk Bung Moktar Radin dan Zizie Izette A Samad akan jadi ikutan ramai... huhu bahaya tu..

Semua orang tahu mengenai kes mahkamah Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin yang mana ada desas-desus yang mengatakan yang dia akan dipenjarakan kerana telah berpoligami tanpa kebenaran. Oleh kerana keputusan hukuman oleh mahkamah masih ditangguh setelah ada rayuan yang dikemukan oleh Datuk Bung maka semua orang ternanti-nanti akan keputusan yang akan diambil oleh mahkamah kelak. Semalam persoalan itu terjawap apabila Mahkamah Tinggi Syariah membuat keputusan untuk menerima rayuan mereka. Datuk Bung Moktar Radin hanya dikenakan denda sebanyak RM1,000 atau dipenjarakan selama 6 bulan kalau gagal membayar denda tersebut tetapi apalah sangat RM1,000 tu kalau Datuk Bung dan Zizie...

Gambar Datuk Bung Moktar Radin dan Zizie di berita harian kelmarin.

Persoalannya ialah apakah kesan terhadap kes mahkamah yang sama pada masa akan datang? Apakah kesannya terhadap keadaan sosial di negara ini.. 

Satu hari nanti ramai wanita akan menangisi nasib mereka akibat di madu oleh suami kerana dengan adanya kejadian seumpama ini ia seolah-olah 'green light' kepada lelaki yang power untuk khawin satu lagi... atau dua..

Kalau kes di bawa ke mahkamah, cakap ja "kesian isteri dan anak-anak aku..mereka perlu dijaga dan kalau saya kena penjara tiada yang jaga mereka". Tukarlah pada denda.. yang banyak duit..apalah sangat Rm 1,000 tu. 

Pada saya keputusan mahkamah ini seolah-olah telah mengenepikan undang-undang sedia ada dan satu hari nanti mungkin keputusan sebaliknya akan mengurangkan kepercayaan rakyat kepada ketelusan mahkamah dalam menguatkuasakan undang-undang. Mungkin mahkamah mempunyai alasan tersendiri dalam hal ini tapi percayalah keputusan itu hanya mengundang kepada lebih banyak kes poligami selepas ini..

Kepada Datuk Bung... semoga anda berbahagia bersama dengan semua ahli keluarga dan Datuk akan tersenyum kalau ramai lagi pengikut Datuk selepas ini... Saya juga tumpang gembira...heheh



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini